Latar Belakang

Sebelum di kenali dengan nama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, jabatan ini dikenali dengan nama Unit Khas Bergerak (UKB) yang ditubuhkan pada tahun 1979 untuk menjalankan proses pengambilan tanah dan pentadbiran tanah persekutuan yang diketuai oleh 3 orang Penolong Pengarah. Manakala unit pembahagian pusaka kecil beroperasi di Pejabat Daerah dan Jajahan di beberapa buah daerah di negeri Kelantan iaitu di daerah Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh. Pada tarikh 01.03.1997, atas arahan daripada ibu pejabat, JKPTG Negeri Kelantan secara rasminya diletakan di bawah satu bumbung Unit Khas Bergerak (Unit Pengambilan Tanah dan Unit Tanah Persekutuan), Unit Penguatkuasaan dan Penyewaan Unit Pusaka Kecil, Unit Akta Penanaman Padi telah digabungkan dan diletakkan dibawah satu bumbung serta di tubuhkan Unit Pentadbiran Dan Kewangan dan di pertanggungjawabkan kepada pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan

 

Objektif Jabatan

  • Mempertingkatkan Sistem Pengurusan dan Perundangan Tanah Supaya Cekap dan Bermutu Di Seluruh Negara Selaras Dengan Dasar Pembangunan Negara
  • Meningkatkan Kecekapan Sistem Operasi Pengurusan Tanah Persekutuan, Penyelesaian Pembahagian Pusaka, Pengambilan Tanah, Penguatkuasaan dan Kemajuan Pengurusan dan Perundangan
  • Menggerak dan Memimpin Usaha-usaha Pembaharuan Dalam Pentadbiran Tanah Supaya Dapat Menyampaikan Perkhidmatan Yang Cekap, Berkesan, Produktif dan Berkualiti

Objektif Unit Pengambilan Tanah

  • Mempercepatkan proses permohonan pengambilan tanah yang dikemukakan oleh Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Negeri;
  • Menjelaskan bayaran pampasan dan dalam keadaan-keadaan tertentu mendepositkannya di Mahkamah atau Amanah Raya Berhad yang mana berkenaan dalam tempoh genap masa;
  • Membuat permohonan ukur kepada JUPEM untuk mengeluarkan hakmilik sambungan (jika berkaitan ) selepas proses pengambilan selesai;
  • Merujukkan kes-kes rayuan ke Mahkamah yang dibuat di bawah Seksyen 37(1)(a) - (d) Akta Pengambilan Tanah.

Objektif Unit Pentadbiran & Kewangan

Menentukan bahawa semua pelaksanaan urusan perkhidmatan, pentadbiran dan tatacara kewangan dipraktikan bersesuaian dengan kehendak Perintah- Perintah Am serta Tatacara Kewangan yang dikemaskini dari semasa kesemasa.

 

Objektif Unit Harta Tanah Persekutuan

  • Merekod,mengemaskini dan mengawal fail- fail induk Harta Tanah Persekutuan
  • Mengemaskini dan mengawal Tanah Milik /Rizab Persekutuan dan Tanah A.A Persekutuan /Fail- fail permohonan pemberimilikan atau perizapan tanah PTP dan fail cukai Tanah Persekutuan
  • Menyediakan Laporan Bulanan Kerja- Kerja Pasukan Petugas Khas (Taskforce)
  • Untuk menyelesaikan seberapa banyak kes permohonan pembahagian pusaka kecil dalam jangka masa yang secepat- cepatnya serta mengurangkan perbelanjaan dan kesusahan kepada rakyat disamping memberi penerangan yang jelas dan khidmat nasihat kepada waris- waris yang bakal menuntut pembahgian pusaka / Surat Tadbir.

Objektif Unit Pembahagian Pusaka

  • Mengemaskan Dokumen Hakmilik Daftar dengan pemilik-pemilik gantian (successive benefeciaries)
  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan menyedarkan orang ramai tentang betapa pentingnya tuntutan pusaka dibuat dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh mati.

Fungsi Jabatan

  • Menjalankan Tugas Pengambilan Tanah mengikut Akta Pengambilan Tanah ,1960 dan mempastikan proses pengambilan dapat diselesaikan supaya projek- projek pembangunan dijalankan mengikut jadual
  • Membantu pengeluaran hakmilik sambungan melalui Permohonan Ukur yang dibuat selepas proses pengambilan 
    Tanah selesai
  • Memantau Tanah Rizab dan Tanah Milik Persekutuan.
  • Memantau Hakmilik bagi Tanah Persekutuan
  • Memproses permohonan pembahagian pusaka kecil


Kota Bharu (HQ)
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Negeri Kelantan
Bandar Baru Tunjong
Lebuhraya Kota Bharu-Pasir  Mas
15050 Kota Bahru
Kelantan, Malaysia
No. Tel : 09-7482686
No. Faks : 09-7461592

 

Machang
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian
Unit Pembahagian Pusaka Kelantan Selatan
D/A Pejabat Tanah & Jajahan Machang
18500 Machang 
Kelantan, Malaysia
No. Tel : 09-9756391
No. Faks : 09-9753460

 

Pasir Mas
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian
Unit Pembahagian Pusaka Kelantan Barat
D/A Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas
17000 Pasir Mas
Kelantan, Malaysia
No. Tel : 09-7909141
No. Faks : 09-7907654