Latar Belakang JKPTG Perak

 
JKPTG Negeri Perak ditubuhkan pada bulan 4 tahun 2000. Berpindah daripada Bangunan PTG Perak 2001 ke Tingkat 4, Bangunan KWSP, Jalan Greentown, 30450 Ipoh, Perak. JKPTG Negeri Perak mempunyai 4 lagi cawangan bagi Unit Pembahagian Pusaka Kecil selain di Ipoh sendiri iaitu di Parit Buntar, Taiping, Kuala Kangsar, Tapah. Jumlah kakitangan keseluruhan tidak termasuk unit pembahagian pusaka kecil ialah 44 orang.
 
 

Objektif Jabatan

 

1.Mempertingkatkan Sistem Pengurusan dan Perundangan Tanah supaya cekap dan bermutu di seluruh Negara selaras dengan Dasar Pembangunan Negara

 

2.Meningkatkan kecekapan sistem operasi pengurusan Tanah Persekutuan , penyelesaian pembahagian pusaka, pengambilan tanah, penguatkuasaan dan kemajuan pengurusan dan perundangan

 

3.Menggerak dan memimpin usaha-usaha pembaharuan dalam pentadbiran tanah supaya dapat menyampaikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan produktif

 
 

Fungsi

 

1. Unit Pentadbiran & Kewangan

  • Mengurus kewangan dan akaun jabatan melalui eSPKB dan ePerolehan
  • Mengurus  pentadbiran dan pekhidmatan kakitangan
  • Menguruskan stor jabatan
  • Mengurus dan menyediakan kemudahan kenderaan kepada kakitangan
 

2. Unit Hartanah Persekutuan & Penguatkuasaan

  • Mengemaskini rekod tanah milik dan tanah rizab Persekutuan
  • Mengurus permohonan pemberimilikan dan perizapan  tanah untuk projek Persekutuan
  • Menyediakan laporan tanah bagi permohonan penyerahan balik / pelepasan / penyewaan tanah milik / rizab Kerajaan Persekutuan
  • Membuat permohonan ukur bagi tanah rizab yang belum ukur  dan tanah milik untuk mendapatkan hakmilik tetap
  • Memantau dan penguatkuasaan bagi tanah rizab dan milik Persekutuan
 

3. Unit Pengambilan Tanah

  • Memproses permohonan pengambilan tanah mengikut Akta PengambilanTanah 1960  bagi projek – projek Kerajaan Persekutuan
  • Membuat permohonan ukur selepas proses Pengambilan Tanah selesai
  • Merujuk kes-kes rayuan ke Mahkamah yang dibuat di bawah Seksyen 37(1)(a) - (d) Akta Pengambilan Tanah
  • Dalam keadaan tertentu mendeposit pampasan ke Mahkamah atau ke Amanah Raya Berhad
 

4. Unit Teknologi Maklumat

  • Memasang, menguji dan memantau penggunaan perkakasan komputer di semua unit di bawah JKPTG Perak termasuk di daerah
  • Menjaga dan memantau sistem e-JKPTG dan e–attendance
  • Menjaga dan memastikan keselamatan ICT dari aspek rangkaian
 

Piagam Pelanggan

 

1.Untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada setiap urusan yang ada kaitan dengan misi dan objektif jabatan.

 

2.Perkhidmatan tersebut akan diberi dengan penuh perasaan tanggungjawab dan komitmen mengikut nilai-nilai dan norma sejagat.

 

3.Kami akan memastikan anda sebagai pelanggan JKPTG akan sentiasa diutamakan.

 
 

Ipoh(HQ)

 
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan Negeri Perak
Tingkat 4, Bangunan KWSP
Jalan Greentown
30450 Ipoh
Perak, Malaysia
No. Tel : 05-2555260
No. Faks : 05-2418572
 

 

Taiping
 
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan

Unit Pembahagian Pusaka Perak Utara
Tingkat 5, Wisma Persekutuan Taiping,
Jalan Istana Larut,
34000 Taiping Perak
No. Tel : 05-8052945
No. Faxs : 05-8052946

 

 

Parit Buntar
 
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan
Unit Pembahagian Pusaka Perak Barat Laut;

No, 48, Jalan Wawasan 4;
Taman Wawasan Jaya;
34200 Parit Buntar;
Perak Darul Ridzuan.
No. Tel : 05-7161543

 
 

Tapah

 
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan
Unit Pembahagian Pusaka Perak Selatan
Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji Jalan Raja
35000 Tapah
Perak
No. Tel : 05-4011482
No. Faks : 05-4011482
 

 

Kuala Kangsar

 
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan
Unit Pembahagian Pusaka Timur
Bangunan Pejabat- Pejabat Kerajaan Negeri
Jalan Raja Chulan
33000 Kuala Kangsar
Perak
No. Tel : 05-7765855
No. Faks : 05-7765855