Latar Belakang JKPTG Perlis

 
Unit Khas Bergerak Perlis ditubuhkan pada 1.1.1979 pada awalnya Unit Khas Bergerak bersama Unit Pembahagian Pusaka Kecil ditempatkan di Pejabat Tanah dan Galian Perlis di Bangunan Dato’ Mahmud Mat. Manakala Unit Akta Penanam Padi yang ditubuhkan pada tahun 1970 yang ditumpangkan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri berpindah ke Tingkat 1 Bangunan Persekutuan Lama sehingga bulan Jun 1998. Pada tahun 1985 Pejabat Tanah dan Galian Perlis telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Penjara bersama-sama dengan Unit Khas Bergerak dan Unit Pembahagian Pusaka Kecil.
 
 
Pada bulan Julai 1998, ketiga-tiga Unit iaitu Unit Khas Bergerak, Unit Pembahagian Pusaka Kecil dan Unit Akta Penanam Padi telah diarah untuk berpindah di Tingkat 7, Bangunan Persekutuan, Persiaran Jubli Emas, Kangar. Perpindahan ketiga- tiga unit ini adalah berkonsepkan ` Pentadbiran Di Bawah Satu Bumbung ‘ dan dinamakan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Cawangan Negeri yang diketuai oleh seorang Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis.Kini Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perlis mempunyai sebanyak 28 orang kakitangan.
 
 

Objektif Jabatan

 

1.Mempertingkatkan sistem pengurusan dan perundangantanah supaya cekap dan bermutu diseluruh Negara selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
 

 

2.Meningkatkan kecekapan Pengurusan Tanah Persekutuan, Penyelesaian Pembahagian Pusaka, Pengambilan Tanah dan Penguatkuasaan.
 

 

3.Menggerak dan memimpin usaha-usaha pembaharuan dalam pentadbiran tanah supaya dapat menyampaikan perkhidmatan yang cekap, berkesan, produktif dan berkualiti.

 
 

Objektif Unit Pengambilan Tanah

 

Menguruskan permohonan pengambilan tanah dengan cekap dan teratur bagi memastikan:-

  • Perlaksanaan projek Kerajaan persekutuan dapat dilaksanakan mengikut perancangan.
  • Hak semua pihak yang berkepentingan terjamin disisi undang-undang.

 

Objektif Unit Tanah Persekutuan

  • Menguruskan dan menyimpan rekod tanah milik dan tanah rizab persekutuan yang kemaskini dan sistematik.

 

Objektif Unit Tanah Persekutuan

  • Menentukan bahawa pengurusan pentadbiran berjalan dengan cukup dan teratur dari segi perkhidmatan, kewangan, pentadbiran am dan keselamatan bagi semua unit.

 

Piagam Pelanggan

 

Kami kakitangan UPT Jabatan Ketiua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Berjanji seperti berikut:-
 

 

1.Memproses pendaftaran permohonan pengambilan tanah yang diterima daripada PTG Negeri dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh-tarikh penerimaan fail.
 

 

2.Menyediakan dan mengeluarkan Notis Siasatan (Borang E) dalam tempoh 7 hari dari tarikh warta Borang D dan menghantar notis Borang E kepada orang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari Notis awam ditampal.
 

 

3.Mengadakan siasatan berhubung pengambilan tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Siasatan (Borang E) ditampal di papan kenyataan awam.
 

 

4.Menyediakan award Pampasan bertulis (Borang G) di hadapan orang berkepentingan dalam tempoh 7 hari dari tarikh perbicaraan dibuat.
 

 

5.Menyediakan dan menghantar Notis Award Dan Tawaran Pampasan (Borang H) dalam tempoh 3 hari selepas tarikh Borang G disediakan.
 

 

6.Mengambil Milik Tanah dengan rasmi melalui pengeluaran Borang K tidak lebihdari 14 hari dari tarikh pengeluaran Borang H atau dari tarikh Borang I (Mengikut mana yang berkenaan) dan akan mengemukakan salinannya kepadaPendaftar Hakmilik untuk Endorsan dalam masa tidak lebih dari 7 hari dari tarikh pengeluaran Borang K
 

 

7.Membuat pembayaran pampasan kepada pihak yang berkepentingan/ Pemegang Amanah Raya dalam masa 8 hari dari tarikh cek/bayaran (yang lengkap) diterima dari Agensi Pemohon atau Mendepositkannya ke Mahkamah dalam masa 2 minggu dari tarikh pengesahan bahawa pembayaran pampasan berkenaan tidak dapat dibuat kepada yang berhak kerana tidak ada pihak boleh menerimanya atau enggan terima atau ada pertelingkahan.
 

 

8.Merujukkan bantahan ke Mahkamah dalam tempoh 2 bulan dari tarikh Borang N yang lengkap diterima. Mengeluarkan Permintaan Ukur (PU) bagi pengambilan sebahagian tanah (Hakmilik Tetap) kepada Jabatan Ukur (JUPEM) dalam masa 2 minggu dari tarikh Endorsan Borang K atau dari tarikh terima Sijil Ukur Percuma yang terkemudian.

 

 

Kangar

 

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Negeri Perlis

Tingkat 7, Bangunan Persekutuan Kangar
Persiaran Jubli Emas
01000 Kangar
Perlis, Malaysia
No. Tel : 04-9764713
No. Faks : 04-9776392