Latar Belakang JKPTG Selangor

 
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor diwujudkan pada 1 Februari 2000. Sebelum itu ia dikenali sebagai Unit Khas Bergerak (UKB) yang mana berfungsi khusus bagi memproses pengambilan tanah untuk projek-projek Persekutuan. Manakala, Unit Pusaka berfungsi secara berasingan. UKB Selangor diwujudkan pada 1 April 1979 dan ditempatkan di Pejabat PTG Negeri. Terdapat dua unit iaitu UKB Shah Alam dan UKB Sabak Bernam dan Kuala Selangor sebelum ia ditukar menjadi JKPTG Negeri. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor terletak di Tingkat 10, Plaza Masalam Shah Alam setelah berpindah dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Mac 2003. Walau bagaimanapun, Jabatan ini akan berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam pada tahun 2009 setelah bangunan tersebut siap dibina kelak.
 
 

Misi , Visi Dan Objektif

 

1.Ke arah pengurusan tanah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

 

2.Mewujudkan pengurusan tanah yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan dasar pembangunan negara.

 

3.Meningkatkan sistem pengurusan dan perundangan tanah agar cekap dan bermutu di seluruh negara.

 

4.Meningkatkan kecekapan pengurusan tanah persekutuan, pengambilan tanah, pembahagian pusaka dan kemajuan pengurusan dan perundangan serta penguatkuasaan.

 
 

Fungsi Jabatan

 
1. Harta Tanah Persekutuan
 

Mengumpul maklumat, menyelaras dan menyelia harta tanah persekutuan.

 

2. Pembahagian Pusaka

 

Memproses permohonan pembahagian pusaka kecil.

 

3. Penguatkuasaan dan Hasil Persekutuan

 

Menyedia laporan, menyelaras penguatkuasaan dan membantu menyelia kutipan hasil persekutuan.

 

4. Pengambilan Tanah

 

Memproses permohonan pengambilan tanah bagi maksud awam untuk agensi Persekutuan.

 

 
Piagam Pelanggan

 

Kami kakitangan JKPTG berjanji :

 

 
‘Untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang kepada setiap urusan yang ada kaitan dengan misi dan objektif Jabatan’

 

‘Perkhidmatan tersebut akan diberi dengan penuh perasaan tanggungjawab dan komitmen mengikut nilai-nilai dan norma sejagat’

 

‘Kami akan memastikan anda sebagai pelanggan JKPTG sentiasa diutamakan’

 

 

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Negeri Selangor
Persiaran Bukit Raja 1 / KU 1
Bandar Baru Klang
41150 Klang
Selangor Darul Ehsan
Telefon   : 03-33414194
Faks       : 03-33414196
 

 

 

Bangi

 

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan

Unit Pembahagian Pusaka Selangor Timur
Tingkat 1, Kompleks Pentadbiran Daerah Hulu Langat
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
43650 Bangi
Selangor
No. Tel : 03-89251996
No. Faks : 03-89256441
 
 

Kuala Langat (Banting)

 

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian

Unit Pembahagian Pusaka Selangor Barat Daya
Tingkat Bawah,
Kompleks Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat
Jalan Sultan Abdul Aziz Shah Sungai Sedu
42700 Banting
Selangor
No. Tel : 03-31871952
No. Faks : 03-31802853
 

 

Kuala Selangor
 

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian

Unit Pembahagian Pusaka Selangor Barat Laut
Tingkat 1, Kompleks Pegawai Kerajaan
Jalan Semarak
45000 Kuala Selangor
Selangor
No. Tel : 03-32891212
No. Faks : 03-32896249
 
 

Gombak

 

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian
Unit Pembahagian Pusaka Selangor Utara
Tingkat 1
Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Gombak
Persiaran Pegawai
KM 16 Jalan Rawang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-61385940
Fax: 03-61368428