Latar belakang Kanun Tanah Negara

 
 
Kanun Tanah Negara (KTN) merupakan undang-undang tertinggi di Semenanjung Malaysia mengenai urusan pentadbiran tanah. Ia tidak terpakai di negeri Sabah dan Sarawak. Tiada apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa pelaksanaan lampau atau apa-apa yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang tanah terdahulu, setakat mana ianya mengenai tanah, peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang lain yasng diluluskan sebelum bermulanya kuatkuasa Akta ini.
 

 
Kecuali setakat mana yang diperuntukan dengan nyata sebaliknya, tiada apa dalam Akta ini boleh menyentuh peruntukan-peruntukan:

 
 

Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai pemegang adat;

 
 

Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai rizab Melayu dan pemegangan Melayu.

 
 

Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai perlombongan.

 
 

Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai tanah kesultanan.

 
 

Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai wakaf dan bait-ul-mal.

 
 

Enakmen Penempatan Terengganu, 1356.

 
 

Akta Penanam Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan), 1967.

 
 

Akta Penempatan Tanah Kelantan, 1955.

 
 

Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

 
 

Enakmen Penempatan Tanah Perlis 1960.

 
 

Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai pengecualian dari pembayaran hasil tanah.