Senarai Semak Seksyen 8
 
Dokumen yang perlu dikemukan.
 

1. Satu (1) Salinan Borang A yang telah lengkap di isi dan ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah / Majistret.
2. Bukti Kematian – salinan sijil kematian / cabutan sijil kematian dari Jabatan Pendaftaran Negara / Permit Menguburkan / Surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan kematian atau menghadiri perkebumian/ Perintah Anggapan Kematian dari Mahkamah Tinggi.
3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon diwajibkan (salinan muka depan dan belakang).
4. Salinan Kad Pengenalan Waris  (salinan muka depan dan belakang)/ Sijil Kelahiran (bagi waris yang berumur kurang dari 12 tahun).
5. Salinan Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan simati –jika ada.
6. Salinan sijil Pendaftaran/Pengangkatan Anak Angkat ( Bagi Bukan Islam, jika ada).
7. Hakmilik/Geran - Sila dapatkan salinan yang diakui sah (CTC) / carian rasmi dari Pentadbir Tanah atau Pendaftar hakmilik bagi harta tak alih yang dituntut (Kemukakan salinan asal CTC / carian rasmi bersama satu salinan yang telah difotostat) atau Dua (2) Salinan Surat Perjanjian Jual Beli Harta yang dituntut/ rumah – jika harta tersebut masih belum mempunyai hakmilik.
8. Salinan resit cukai tanah dan tahun semasa, jika ada.
9. Salinan resit cukai pintu (taksiran) tahun semasa  bagi pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah.
10. Salinan dokumen penyata hutang yang masih ditanggung oleh simati – jika ada hutang.
11. Dokumen-dokumen lain  berkaitan dengan harta simati yang dimasukkan sebagai sebahagian dari  tuntutan.

 
Senarai Semak Pendaftaran Permohonan Seksyen 17
 
Permohonan berikutnya –Borang P hendaklah dikemukakan di Pejabat Tanah atau Unit Pembahagian Pusaka di mana permohonan awal (Seksyen 8 – Borang A) pembahagian harta simati telah diselesaikan. Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti  berikut;
 

1. Satu (1) salinan  Borang P yang lengkap diisi.
2. Satu (1) salinan perintah awal/ notis pembicaraan.
3. Jika Permohonan Berikutnya adalah bagi tujuan:
  3.1 Hakmilik/Geran - Sila dapatkan salinan yang diakui sah (CTC) dari Pentadbir Tanah atau Pendaftar hakmilik bagi tanah yang dituntut.
Kemukakan salinan asal CTC bersama satu salinan yang telah difotostat.
  3.2 Membatalkan Suratkuasa Mentadbir / Pemegang Amanah.
Sila kemukakan satu salinan hakmilik(geran)yang telah didaftarkan nama pentadbir/pemegang amanah.
  3.2 Harta alih yang ketinggalan
Satu salinan harta alih tersebut.