• Siapakah yang boleh menjadi penjaga?

    Pelantikan penjaga adalah berdasarkan budibicara Pentadbir Tanah. Walaubagaimanapun pada kebiasaannya, waris terdekat seperti ibu, bapa, saudara mara, datuk nenek adalah orang yang biasa dilantik.
  • Bilakah rayuan boleh dibuat?

    Rayuan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah pembahagian dikeluarkan.
  • Siapakah yang boleh membuat rayuan?

    Rayuan boleh dibuat oleh waris atau mana-mana pihak berkepentingan yang tidak berpuas hati dengan keputusan pembahagian yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah dalam mana-mana perbicaraan di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Pindaan 2008).
  • Bilakah perintah pembahagian dikeluarkan?

    Perintah pembahagian akan dikeluarkan sebaik sahaja perbicaraan selesai. Namun, perintah bertulis (Borang E) hanya akan dikeluarkan 14 hari kemudian. Tempoh 14 hari ini merupakan tempoh rayuan di mana jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan perbicaraan, rayuaan boleh dibuat di sepanjang tempoh tersebut.
  • Di manakah rayuan boleh dibuat?

    Rayuan hendaklah dilakukan di Mahkamah Tinggi di negeri di mana permohonan pembahagian harta pusaka dimasukkan dan mestilah dibuat melalui Unit Pembahagian Pusaka Kecil yang menguruskan permohonan harta pusaka tersebut.
  • Apakah yang dimaksudkan dengan penjaga (guardian)?

    Penjaga ialah orang yang dilantik bagi pihak waris yang belum dewasa atau hilang upaya untuk bertindak bagi pihak waris tersebut dalam sesuatu perbicaraan yang dijalankan.
  • Apakah bentuk perintah pembahagian yang boleh dikeluarkan?

    Perintah pembahagian yang boleh dikeluarkan adalah berdasarkan fakta, keterangan dan persetujuan ahli waris semasa perbicaraan. Ianya mungkin merupakan penurunan milik langsung kepada waris, pelantikan pentadbir ataupun perintah jualan.
  • Apakah tanggungjawab penjaga?

    Penjaga bertanggungjawab ke atas semua kepentingan waris yang belum dewasa atau hilang upaya dan di beri kuasa di bawah undang-undang untuk menentukan pembahgian kepada orang yang dijagai.
  • Bolehkah ibu/bapa mewarisi harta pusaka anak?

    Akta Pembahagian 1958 memperuntukan hak ibu/bapa (parents) di mana sekiranya si mati tiada waris lain, bapa akan mendapat 1/2 bahagian dan ibu 1/2 bahagian. Jika ada waris lain, bapa akan mendapat 1/8 dan ibu 1/8 bahagian.
  • Bagaimanakah kedudukan wasiat seorang Islam?

    Wasiat simati yang beragama Islam  memerlukan pengesahan dan pengesahan wasiat hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah terlebih dahulu dan perintah yang dikeluarkan akan digunapakai dalam menentukan pembahagian pusaka di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Pindaan 2008). 
  • Adakah urusan rayuan akan dikenakan sebarang bayaran?

    Perayu perlu menjelaskan fee rayuan seperti berikut jika ingin meneruskan proses rayuan.


    Perkara

    Fee

    Rayuan RM50.00
    Salinan dokumen yang dikehendaki disalinkan

    Salinan pertama - RM30.00

    RM10.00 bagi salinan kedua dan seterusnya

    Salinan nota perbicaraan

    Salinan pertama:-

    RM30.00 - Folio 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya

  • Bagaimanakah cara menebus (Pembelian timbal balik) bahagian Yang Dibuat diperolehi Baitulmal?

    Penebusan dilakukan timbal balik Boleh Pendapatan kena cukai Nilai tebusan dipersetujui Dibuat dan Pembayaran dilakukan pihak Baitulmal Boleh Secara Cadangan umum atau ansuran.
  • Siapakah yang dimaksudkan dengan pemegang Surat Kuasa Tadbir?

    Pemegang Surat Kuasa Tadbir atau biasa juga disebut "Pentadbir" (administrator) ialah orang yang dilantik oleh Pentadbir Tanah melalui perbicaraan pembahagian pusaka. Tugas mereka adalah untuk mentadbir harta si mati dengan menyediakan inventori, menerima dan membuat pembayaran bagi pihak waris sehinggalah perintah pembahagian yang selanjutnya dikeluarkan. Jumlah pentadbir adalah di antara 1 hingga 4 orang.
  • Bolehkah pemegang Surat Kuasa Tadbir menjual harta yang di tadbir?

    Pemegang Surat Kuasa Tadbir boleh menjual harta yang di tadbir melalui perintah pembahagian yang diberikan oleh Pentadbir Tanah atau Mahkamah.
  • Bagaimanakah harta pusaka orang yang bukan beragama Islam dibahagikan?

    Pembahagian harta pusaka bagi orang bukan Islam ialah berdasarkan kepada Akta Pembahagian 1958 (Akta 300). Walaubagaimanapun pembahagian secara muafakat dibenarkan sekiranya mendapat persetujuan semua waris.
  • Berapakah bayaran perintah yang dikenakan jika perbicaraan pembahagian harta pusaka si mati telah selesai dijalankan?

    Bayaran perintah yang dikenakan adalah berdasarkan nilaian harta simati. Jika nilaian harta simati RM1.00 hingga RM1,000, bayaran perintah adalah RM10. JIka nilaian RM1,001 hingga RM50,000, bayaran perintah adalah RM30 manakala jika nilaian keseluruhan harta si mati adalah RM50,001 dan ke atas bayaran perintah adalah 0.2% dari nilaian harta.
  • Perlukah waris menggunakan khidmat peguam bagi urusan rayuan?

    Memandangkan urusan rayuan adalah rumit, maka pemohon digalakkan untuk menggunakan khidmat guaman bagi membantu mereka menguruskan prosedur rayuan.
  • Apakah yang dimaksudkan dengan "faraid"?

    Faraid ialah hukum pewarisan dan pembahagian harta pusaka bagi orang-orang Islam berdasarkan syariat Allah dalam Al-Quran dan Hadis Nabi.
  • Bagaimanakah Baitulmal boleh mewarisi harta si mati?

    Baitulmal akan mewarisi harta simati sekiranya si mati tiada meninggalkan waris yang boleh menerima bahagian secara fardu atau asabah seperti anak lelaki, bapa, saudara lelaki seibu sabapa, anak saudara lelaki seibu sebapa si mati dan sebagainya. Dalam keadaan di mana si mati tidak meninggalkan waris seorang pun, kesemua harta si mati akan diwarisi oleh Baitulmal. 
  • Siapakah waris yang berhak mewarisi tanah pusaka adat mengikut Enakmen Pegangan Adat Bab 215?

    Secara umumnya, waris-waris yang berhak adalah yang dan perempuan (female issues) yang sama sukunya dengan pemilik tanah adat itu. Secara khususnya mengikut giliran adalah sebagaimana berikut;
  • Sekiranya si mati hanya meninggalkan isteri/suami (spouse), ibu/bapa dan anak-anak tiada, berapakah bahagian yang boleh diwarisi oleh suami/isteri tersebut?

    Pembahagian pusaka hanya akan berlaku di antara pasangan berkenaan di mana isteri atau suami akan mendapat kesemua bahagian harta si mati tersebut.
  • Bagaimanakah harta akan dibahagikan sekiranya si mati meninggalkan isteri, ibu, bapa dan anak-anak?

    Pembahagian harta pusaka si mati akan berlaku seperti berikut;

      

     Bapa          - 1/8 bahagian

     Ibu             - 1/8 bahagian

     Isteri          - 2/8 bahagian

     Anak-anak - 4/8 bahagian
  • Berapakah bahagian anak lelaki berbanding bahagian anak perempuan?

    Anak lelaki akan mendapat 2 bahagian, anak perempuan pula mendapat 1 bahagian.
  • Seorang suami telah meninggal dunia meninggalkan empat (4) isteri dan beberapa orang anak. Berapakah bahagian yang diperolehi oleh setiap isteri dan anak?

    Pembahagian pusaka mengikut faraid bagi kes seperti di atas adalah seperti berikut;

    Setiap isteri - 1/32 bahagian

    Anak           - 31/32 bahagian 
  • Si mati belum berkahwin dan meninggalkan seorang saudara perempuan seibu sebapa sebagai waris. Bagaimanakah harta si mati dibahagikan?

    Harta si mati akan dibahagikan seperti berikut;

    Saudara perempuan - 1/2 bahagian

    Baitulmal - 1/2 bahagian

  • Bagi permohonan pembahagian pusaka yang telah lama selesai apakah rayuan masih boleh dilakukan?

    Rayuan masih boleh dikemukakan namun perintah perlanjutan tempoh rayuan hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Mahkamah Tinggi.
  • Adakah perintah pembahagian permohonan kemudian boleh dirayu sekiranya ada pihak tidak berpuas hati dengan perintah tersebut?

    Rayuan adalah dibenarkan dan perayu boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi melalui Unit Pembahgian Pusaka yang berkaitan.
  • Adakah rayuan lanjutan boleh dikemukakan di Mahkamah Persekutuan sekiranya perayu masih tidak berpuas hati dengan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi?

    Perintah Mahkamah Tinggi adalah muktamad di bawah Akta Harta Pusaka kecil (Pembahagian) 1955 (Pindaan 2008) dan perayu tidak boleh lagi merayu di mana-mana mahkamah lain.
  • Siapakah yang berhak mewarisi harta seorang isteri yang telah meninggal dunia?

    Waris yang berhak adalah;

     

    Bapa - 1/6 bahagian

    Ibu    - 1/6 bahagian

    Suami - 1/4 bahagian

    Anak-anak - baki harta, mengikut nisbah anak lelaki kepada anak perempuan (2:1) 
  • Sekiranya si mati adalah seorang perempuan/lelaki yang belum berumahtangga, siapakah yang berhak mewarisi harta pusaka?

    Waris yang berhak adalah;

     

    Bapa simati - 2/3 bahagian

    Ibu simati    - 1/3 bahagian

    Saudara (lekaki dan perempuan) si mati, walaupun masih hidup namun mereka tidak layak mewarisi harta si mati. 
  • Bagaimanakah penurunan pusaka dibuat seandainya terdapat lebih daripada dua orang waris bagi tanah berstatus GSA?

    Jika si mati meninggalkan waris melebihi dua orang, perlantikan pentadbir sahaja yang akan diberikan. Pentadbir akan bertanggungjawab untuk menguruskan harta simati sahaja, dan membuat pembahagian hasil kepada kesemua waris mengikut kadar syer masing-masing
  • Siapakah yang layak menjadi pentadbir harta?

    Pentadbir boleh dilantik di kalangan waris-waris kadim simati. Selain daripada itu, Amanah Raya Berhad juga boleh dilantik sebagai pentadbir bagi harta simati.
  • Berapa orang pentadbir boleh dilantik bagi mentadbir harta simati?

    Merujuk kepada Akta Probet dan Pentadbiran, pentadbir boleh dilantik tidak melebihi 4 orang sahaja.
  • Apakah kuasa-kuasa pentadbir ke atas harta simati yang ditadbirkannya?

    Kuasa-kuasa pentadbir adalah tertakluk kepada Seksyen 13 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2008, yang hanya terhad kepada penjagaan dan pengurusan harta simati sahaja. Walaubagaimanapun, sebenarnya harta tersebut masih lagi dimiliki oleh simati.

  • Apakah tindakan yang perlu dibuat jika pentadbir meninggal dunia?

    Jika berlaku kematian ke atas pentadbir, sila pohon ulangbicara untuk melantik pentadbir yang baru, dan sila kemukakan senarai waris kepada pentadbir asal tersebut, sekiranya pentadbir asal itu adalah waris kepada simati.

  • Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pentadbir yang dilantik tidak amanah?

    Jika didapati bahawa pentadbir tidak amanah terhadap pengendalian harta pusaka simati, waris-waris yang lain boleh memohon untuk melantik pentadbir yang baru bagi menggantikan pentadbir yang sedia ada.
  • Jika kesemua waris bersetuju, bolehkah tapak rumah diturunmilik kepada seseorang, dan tapak pertanian diturunmilik kepada seseorang yang lain?

    Tanah-tanah yang tertakluk kepada Akta GSA adalah berangkaian di antara setiap satu hakmilik. Ia tidak boleh dipajak, digadai, dicagar, dan dipindahmilik melainkan bersekali dengan lot-lot yang berangkai dengannya.
  • Adakah proses turunmilik tanah pusaka yang telah digadaikan semasa hayat simati boleh dilakukan?

    Memandangkan si mati masih berhutang dengan pihak bank, maka proses pindahmilik kepada waris tidak boleh dilakukan. Surat Kuasa Mentadbir akan dikeluarkan, dan pentadbir akan diarahkan untuk menyelesaikan baki hutang terlebih dahulu.
  • Adakah proses bagi pindahmilik tanah yang terlibat dengan penamatan GSA seperti tanah-tanah bukan GSA?

    Proses pindahmilik tanah GSA yang terlibat dengan penamatan GSA boleh dilakukan seperti tanah-tanah bukan GSA dengan syarat pemohon mestilah mengesahkan penamatan GSA tersebut kepada Pentadbir Tanah sewaktu perbicaraan. Pengesahan boleh diperolehi daripada Pihak Berkuasa Negeri (Pejabat Tanah) melalui warta kerajaan.