Petak/petak tanah lazimnya dikenali sebagai unit kediaman/komersial yang dijual oleh pemilik tanah kepada pembeli petak.
Petak aksesori pula adalah petak yang digunakan bersama-sama dengan suatu petak/ petak tanah. Petak aksesori tidak boleh diurus niaga berasingan dengan petak/ petak tanah yang berkaitan. Contoh petak aksesori adalah tempat letak kenderaan dan balkoni. Petak aksesori tidak semestinya diwujudkan di dalam satu-satu skim. Ianya adalah bergantung kepada pelan bangunan yang telah diluluskan oleh PBT.
Harta bersama pula adalah kesemua sekian banyak daripada lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak/ petak tanah termasuk petak aksesori atau mana-mana blok sementara seperti dalam pelan strata yang diluluskan. Contoh harta bersama adalah kolam renang, bilik serbaguna, lif, tangga dan sebagainya.
Mana-mana bahagian dalam lingkungan sempadan lot skim strata yang tidak terkandung di dalam hakmilik petak atau hakmilik sementara. Contohnya, ruang legar (koridor), jalan masuk, lif, kawasan parkir (yang bukan diuntukkan sebagai petak aksesori) dan rumah sampah.
PEROLEHAN PERKHIDMATAN SEWAAN SERVER (HYPER-CONVERGE INFRASTRUCTURE) DAN PERALATAN SANDARAN SECARA SEWA MILIK UNTUK JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN (JKPTG T03/2024)
PERKHIDMATAN PENYEWAAN, PEMBEKALAN, PENGHANTARAN DAN PENYELENGGARAAN MESIN PENYALIN (MEDIUM DUTY) BESERTA BACAAN METER SELAMA 36 BULAN UNTUK IBU PEJABAT JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN SELAMA 3 TAHUN (JKPTG T01/2024)