Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Blog

Anda di sini

Pelaksanaan Audit Dalam ISO/IEC 27001:2013 ISMS JKPTG

Aktiviti Audit Dalam ISMS JKPTG telah diadakan pada 20 hingga 22 Mac 2017 yang lalu. Audit ini telah dilaksanakan oleh Juruaudit-juruaudit yang dilantik oleh Urus Setia ISMS Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM). Skop ISMS JKPTG adalah "Pengurusan Maklumat, Tanah Persekutuan dan Pembahagian Pusaka di Pusat Data JKPTG Ibu Pejabat". Beberapa kaedah audit yang dilaksanakan seperti lawatan ke lokasi audit, pemantauan aktiviti, temu ramah bersama kakitangan, pemeriksaan prosedur, rekod dan dokumentasi organisasi yang berkaitan. 

Melayu

PELANCARAN SISTEM CONSENT ONLINE

YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah melancarkan Sistem Online Consent Online di dalam Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang telah diurusetiakan oleh Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)  yang bertempat di Dewan Baiduri, NRE pada 9 November 2016 yang lalu.

Melayu

SAMBUTAN HARI INOVASI DAN KECEMERLANGAN JKPTG 2016

Pada 26 September 2016 (Isnin) yang lalu, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan telah mengadakan tiga (3) majlis dalam satu (1) iaitu Majlis Hari Inovasi dan Kecemerlangan JKPTG 2016 serta Perhimpunan Korporat Bil 5/2016 bertempat di Dewan Baiduri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian Perrsekutuan, YBhg. Dato' Dr. Sallehuddin bin Ishak. Tema bagi Hari Inovasi JKPTG pada tahun ini adalah JKPTG Pemacu Inovasi Pentadbiran Tanah.

Melayu

Halaman-halaman

randomness