Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Menu

PENERANGAN DAN PENGGUNAAN mySMS 15888 JKPTG

Anda di sini

Gerbang SMS Kerajaan (mySMS 15888) telah dilancarkan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara pada 31 Julai 2008 bersempena Persidangan Ketua Pegawai Maklumat (Chief information Officer - CIO) Sektor Awam 2008. mySMS 15888 telah dibangunkan sebagai platform bagi agensi-agensi Kerajaan menyampaikan perkhidmatan menerusi saluran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) menggunakan satu nombor iaitu 15888. Perhidmatan yang disediakan menjanjikan perkhidmatan yang cepat, tepat dan selamat kepada pelanggan.
 
Pelaksanaan mySMS 15888 merupakan salah satu usaha penambahbaikan bagi meningkat sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada pelanggannya. Faedah-faedah yang boleh diperoleh melalui penggunaan mySMS 15888 ialah :

 
• pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan dengan cepat, tepat dan selamat.
• agensi-agensi Kerajaan dapat menyebarkan (broadcast) maklumat atau berita penting kepada pelanggan. Di antara maklumat yang disebarkan adalah notis tamat lesen memandu dan tamat cukai jalan serta informasi mengenai aktiviti yang dirancang oleh Kerajaan untuk rakyat; dan
• bagi pelanggan yang berdaftar sebagai ahli mySMS 15888, mereka boleh membuat langganan perkhidmatan SMS yang digemari. Ini membolehkan mereka mendapat  notis seperti   status lesen memandu atau cukai jalan sebelum tamat tempoh.

Perkhidmatan SMS JKPTG

Alamat
o Bagi pilihan ALAMAT, akan memaparkan alamat JKPTG Ibu Pejabat beserta No. Telefon untuk dihubungi.
o Taip JKPTG ALAMAT
o Contoh: JKPTG ALAMAT
 
Borang
o Bagi pilihan BORANG, JKPTG akan menghantar Borang Persetujuan Pembahagian Harta Pusaka Kecil kepada pengirim melalui email.
o Taip JKPTG BORANG <jarak> email anda
o Contoh : JKPTG BORANG rahim_2010@yahoo.com.my
 
• Status Permohonan
o Bagi pilihan Status Permohonan, pengirim SMS akan dimaklumkan tentang status permohonan pembahagian pusaka yang telah dibuat samada melalui Seksyen 8  (Permohonan
Baru) atau Seksyen 17(Permohonan Yang Kemudian)
o Taip JKPTG STATUS <jarak> No. KP Simati
o Contoh: JKPTG STATUS 571010075437
 
• Maklumat Perbicaraan
o Bagi pilihan Maklumat Perbicaraan, pemgirim SMS akan dimaklumkan tentang status perbicaraan harta pusaka sama ada tarikh, tempat dan masa perbicaraan yang ditetapkan
o Taip JKPTG BICARA <jarak> No. KP Simati
o Contoh: JKPTG BICARA 571010075437
 
• Nilaian Harta
o Bagi pilihan Nilaian Harta, pengirim SMS akan dimaklumkan mengenai maklumat nilaian harta tak alih, harta alih dan jumlah keseluruhan harta itu.
o Taip JKPTG HARTA <jarak> No. KP Simati
o Contoh: JKPTG HARTA 571010075437
 
• Maklumat Permohonan
o Bagi pilihan Maklumat Permohonan pula, pengirim SMS akan dimaklumkan mengenai maklumat pemohon yang membuat permohonan pembahagian harta pusaka itu.
o Taip JKPTG MOHON <jarak> No. KP Simati
o Contoh: JKPTG MOHON 571010075437
Dan hantar ke 15888
Setiap SMS dikenakan caj 20 sen tidak termasuk caj TELCO
 
"SELAMAT MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI"