Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Tabung Khas Hakmilik Strata (TKHS) merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dalam membantu menyelesaikan isu permohonan hakmilik strata bagi skim strata yang diklasifikasikan sebagai Bangunan Khas di bawah Akta Hakmilik Strata di Semenanjung Malaysia. Video tersebut boleh di tonton di pautan BERIKUT
Dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Modal Insan, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) akan mengadakan Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT5 seperti ketetapan berikut:
Tajuk : Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Penolong Pegawai Tanah Gred NT5 Siri 1 Tahun 2025
Tempat : Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Putrajaya, Presint 4, W. P. Putrajaya
Tarikh : 17 Februari 2025 (Isnin)
*Tertakluk kepada sebarang pindaan.
Permohonan akan dibuka bermula 6 Januari 2025 (Isnin) hingga 7 Februari 2025 (Jumaat) dan boleh dihantar terus kepada urus setia peperiksaan, Encik Ikhmar Aliff bin Halili (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.). Bersama-sama ini disertakan dokumen Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Penolong Pegawai Tanah Gred NT5 dan Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan di pautan berikut DISINI
Newsletter JKPTG 2024
20 Jan 2025
Berita terkini boleh di perolehi dipautan berikut DISINI...
|