Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Menu

Penyeragaman Borang Consent

Anda di sini

PEMUDAHAN DAN PENYERAGAMAN BORANG PERMOHONAN KEBENARAN PINDAH MILIK, GADAIAN, PINDAH MILIK DAN GADAIAN   (e-Consent) DI PENTADBIRAN TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA
 
Pada masa kini, pengguna dibebankan dengan pengisian maklumat pada Borang Consent yang sepatutnya maklumat tersebut boleh dijana daripada sistem sedia ada iaitu Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) yang terdapat di Pentadbiran Tanah.
 
Mesyuarat Working Group Efficiency  Issues (WGEI) juga telah membangkitkan isu aduan orang awam mengenai Borang Konsent yang pelbagai mengikut negeri dan mengelirukan orang awam.

Sehubungan itu, satu kajian mengenai penyeragaman Borang Consent telah dilakukan.
 
Penyeragaman Borang Consent seterusnya akan:

  • mempermudahkan Borang Consent yang ada di Pentadbiran Tanah di Semenanjung Malaysia dan seterusnya memudahkan orang awam berurusan dengan Pentadbiran Tanah; dan
  • mempercepatkan proses permohonan Kebenaran Pindahmilik, Gadaian, Pindahmilik dan Gadaian di Pentadbiran Tanah.

 
Carta alir permohonan consent serta Borang Consent kini boleh didapati melalui capaian berikut:

Carta Alir  Borang Consent

randomness