Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Menu

Senarai Pekeliling

Anda di sini

Bil Tajuk Dokumen Tarikh Pekeliling Keterangan Capaian Dokumen Terbuka
1 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/2017 20/11/2017 Tajuk Pekeliling :

Pengurusan Barang Rampasan Yang Dicadang Untuk Diserahantar Kepada Polis Di Bawah Seksyen 426B Kanun Tanah Negara.
 


Tujuan :

Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan Pengurusan Barang Rampasan Yang Dicadang Untuk Diserahantar Kepada Polis Di Bawah Seksyen 426B Kanun Tanah Negara.

PDF icon Pekeliling KPTG Bil. 10.2017.pdf
2 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/2017 20/11/2017 Tajuk Pekeliling :

Pembatalan Kawasan Penempatan Berkelompok Di Bawah Seksyen 44(1), Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].
 


Tujuan :

Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan Pembatalan Kawasan Penempatan Berkelompok Di Bawah Seksyen 44(1), Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].

PDF icon Pekeliling KPTG Bil. 8.2017.pdf
3 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/2017 20/11/2017 Tajuk Pekeliling :

 Perintah, Sijil Atau Perakuan Faraid Tidak Boleh Digunakan Bagi Tujuan Pendaftaran Turun Milik Harta Pusaka Si Mati.


Tujuan :

Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan Perintah, Sijil Atau Perakuan Faraid Tidak Boleh Digunakan Bagi Tujuan Pendaftaran Turun Milik Harta Pusaka Si Mati.

PDF icon Pekeliling KPTG Bil. 7.2017.pdf
4 Pekeliling Arahan-Arahan Pentadbiran Bilangan 3/2017 07/04/2017 Tajuk Pekeliling :

Garis Panduan Permohonan Pinjaman Peribadi Bagi Mengelak Keterhutangan Kewangan Yang Serius


Tujuan :

Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan berhubung dengan permohonan pinjaman peribadi bagi mengelak keterhutangan kewangan yang serius di kalangan warga JKPTG.

PDF icon Arahan Pentadbiran 032017.pdf
5 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 14/2009 06/04/2017 Tajuk Pekeliling :

Penyampaian Ganti (Substituted Service) Notis Yang Dikeluarkan Oleh Pemegang Gadaian (Disemak 2017)


Tujuan :

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian (substitued service) bagi notis-notis yang dikeluarkan oleh pemegang gadaian. 

PDF icon Pekeliling KPTG Bil. 14.2009 (Disemak 2017).pdf
6 Pekeliling Arahan-Arahan Pentadbiran Bilangan 2/2017 31/03/2017 Tajuk Pekeliling :

Panduan Penggunaan dan Tempahan Kenderaan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan


Tujuan :

Arahan ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada semua warga JKPTG berhubung garis panduan yang perlu dipatuhi selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2013 dan Pekeliling Perbendaharaan WP 4.1 dalam usaha mengurangkan teguran Audit terhadap pengurusan Kenderaan Jabatan di JKPTG.

PDF icon ARAHAN PENTADBIRAN BIL.2-2017 PANDUAN PENGGUNAAN DAN TEMPAHAN KENDERAAN.pdf
7 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2017 24/02/2017 Tajuk Pekeliling :

Penyampaian Ganti Notis Di Bawah Subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara


Tujuan :

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian di bawah subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara (KTN).

PDF icon Pekeliling KPTG Bil. 6.2017.pdf
8 Pekeliling Arahan-Arahan Pentadbiran Bilangan 1/2017 11/01/2017 Tajuk Pekeliling :

Arahan Pentadbiran Bilangan 1 Tahun 2017


Tujuan :

Arahan ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada semua warga Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) berhubung langkah-langkah yang perlu diambil dalam usaha mengawal dan menguruss kewangan secara berdisiplin dan berhemah.

PDF icon APJKPTG 2017-1.pdf, PDF icon APJKPTG 2017-1 Lampiran A.pdf
9 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2017 01/01/2017 Tajuk Pekeliling :

Garis Panduan Permohonan Pelanjutan Tempoh Pajakan Hakmilik Berstatus Pajakan Negeri dan Pajakan Mukim


Tujuan :

Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hakmilik mengenai permohonan pelanjutan tempoh pegangan bagi hakmilik berstatus Pajakan Negeri dan Pajakan Mukim serta hakmilik sementara yang bersamaan dengannya yang dikeluarkan bagi pegangan bertempoh.

PDF icon Pekeliling KPTG Bil. 1.2017.pdf
10 Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2016 19/11/2016 Tajuk Pekeliling :

Format Seragam Permohonan Peletakhakan Berkanun Tanah Wakaf


Tujuan :

Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai format seragam bagi surat permohonan pendaftaran peletakhakan tanah wakaf di bawah seksyen 416C Kanun Tanah Negara.

PDF icon Surat Pekeliling KPTG Bil. 2.2016.pdf
11 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2016 29/06/2016 Tajuk Pekeliling :

Perolehan Tanah Oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Dan Urusniaga Yang Berkaitan Dengannya


Tujuan :

Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai perolehan tanah oleh perkongsian liabiliti terhad dan urusniaga yang berkaitan dengannya.

PDF icon Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2016
12 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Kompilasi PKPTG Bilangan 2/2015 01/08/2015 Tajuk Pekeliling :

Kaedah Penyerahan Balik Tanah Milik Persekutuan atau Pelepasan Tanah Rizab Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi maksud Negeri


Tujuan :

Pekeliling ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan Pentadbiran Tanah tentang kaedah yang perlu diikuti sekiranya tanah milik Persekutuan atau tanah Rizab Persekutuan dikehendaki bagi maksud Negeri.

PDF icon PKPTG 2015-2.pdf
13 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2015 01/03/2015 Tajuk Pekeliling :

Panduan Berhubung Pembetulan Kesilapan Dalam Suratcara Urusniaga Dan Dokumen Hakmilik Di Bawah Seksyen 380 Dan Tindakan Di Bawah Seksyen 381 Kanun Tanah Negara


Tujuan :
  1. Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung dengan cara mengendalikan pembetulan kesilapan (errors) dalam suratcara urusniaga dan dokumen hakmilik yang dibenarkan di bawah seksyen 380 Kanun Tanah Negara yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam urusniaga atau oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah sendiri, seperti dalam proses kutipan data semasa pembangunan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer. Pekeliling ini juga bertujuan untuk menjelaskan tindakan yang boleh dibuat mengikut seksyen 381 Kanun Tanah Negara.
  2. Seksyen 380(1) Kanun Tanah Negara memperuntukkan tentang pembetulan kesilapan yang terdapat dalam dokumen hakmilik atau dalam suratcara urusan dan seksyen 381(1) Kanun Tanah Negara pula mengenai pemotongan syarat dan sekatan kepentingan yang tidak dipakai lagi dan pembatalan ingatan atau catatan yang tidak berkuat kuasa lagi yang terdapat dalam dokumen hakmilik dan suratcara lain berkaitan tanah.
PDF icon Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2015
14 Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2015 01/03/2015 Tajuk Pekeliling :

Garis Panduan Penyenggaraan Data Rekod Tanah Dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer ("SPTB")


Tujuan :

Garis Panduan ini bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik, Pentadbir Tanah dan Pegawai Teknikal dalam memastikan penyenggaraan data rekod tanah SPTB dibuat dengan berpandukan kepada tatacara yang betul di samping memastikan akses kepada data SPTB dapat dikawal dengan sebaiknya.

PDF icon AKPTG 2015-1.pdf
15 Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2014 16/07/2014 Tajuk Pekeliling :

Keperluan mendapatkan pengesahan daripada JKPTG Negeri bagi Permohonan Tanah (Untuk Mendapatkan Hakmilik/Rizab) untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan bayaran pendaftaran pemohonan tanah.


Tujuan :

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk :

  1. Memudahkan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) memastikan status tanah yang hendak dipohon adalah Tanah Kerajaan Negeri sahaja;
  2. Membolehkan JKPTG Negeri membantu JKP mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk projek Kerajaan Persekutuan;
  3. Membolehkan JKPTG Negeri membuat persediaan awal bagi pemantauan permohonan tanah ini; dan
  4. Mendapatkan maklumat yang tepat bagi membantu serta mempercepatkan proses pemberimilikan/perizaban oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
,

Adalah dimaklumkan juga bahawa pengeluaran pekeliling ini telah membatalkan Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 1/2007 dan Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 1/2010.

PDF icon PPTP 2014-1.pdf
16 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2013 20/12/2013 Tajuk Pekeliling :

Panduan Penukaran Hakmilik Sementara Kepada Hakmilik Tetap


Tujuan :

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk memberikan panduan kepada Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung tatacara penukaran hakmilik tanah daripada hakmilik sementara (qualified title) kepada hakmilik tetap (final title).

PDF icon Pekeliling KPTG Bil 2.2013.pdf
17 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2013 20/12/2013 Tajuk Pekeliling :

Panduan Memproses Permohonan Pemberimilikan Tanah


Tujuan :

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihati semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri serta Pentadbir Tanah mengenai tata cara dan carta alir bagi memproses permohonan pemberimilikan tanah menurut Bahagian Lima, Kanun Tanah Negara 1965 (“KTN”) berhubung pelupusan tanah Kerajaan (State land) secara pemberimilikan. Pekeliling ini juga bertujuan untuk memantapkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pentadbiran Tanah bagi mempercepatkan urusan melibatkan permohonan pemberimilikan tanah bertujuan mengatasi tunggakan permohonan yang tinggi.

PDF icon Pekeliling KPTG Bil 1.2013.pdf
18 Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2013 19/12/2013 Tajuk Pekeliling :

Pelaksanaan Secured Land Management System (SELAMAT) di Pentadbiran Tanah


Tujuan :

Arahan ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah untuk menyelaraskan penggunaan Aplikasi SELAMAT yang mengandungi modul.

PDF icon AKPTG 2013-1.pdf
19 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2013 06/03/2013 Tajuk Pekeliling :

Penyeragaman format kepada surat bagi Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan


Tujuan :
PDF icon SPP 2013-1.pdf
20 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2012 23/04/2012 Tajuk Pekeliling :

Penyeragaman Prosedur Permohonan Semakan Buku Daftar Strata Bagi Tujuan Mengemaskini Daftarai Strata Untuk Mesyuarat Agung Perbadanan Pengurusan


Tujuan :

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pentadbir Tanah mengenai penyeragaman prosedur permohonan semakan buku daftar strata bagi tujuan mengemaskini daftarai strata untuk mesyuarat agung perbadanan pengurusan.

PDF icon PKPTG 2012-2.pdf
21 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2012 12/01/2012 Tajuk Pekeliling :

Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer


Tujuan :

Pekeliling ini dikeluarkan sebagai panduan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan operasi Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB). Pemakaian pekeliling tersebut berkuat kuasa mulai 12 Januari 2012

PDF icon PKPTG 2012-1.pdf
22 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2011 01/04/2011 Tajuk Pekeliling :

Kaedah pelaksanaan Dasar Pemberian Tempoh Peganggan Baru tidak melebihi 99 tahun bagi tanah-tanah milik berstatuskan Pajakan Negeri dan Pajakan Mukim


Tujuan :

Pekeliling ini bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian serta Pentadbir Tanah berhubung dengan kaedah pelaksaan dasar pemberian tempoh pengangan baru tidak melebihi 99 tahun bagi tanah-tanah milik berstatuskan pajakan negeri dan pajakan mukim.

PDF icon PKPTG 2011-1.pdf
23 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Kompilasi PKPTG Bilangan 1/2011 01/01/2011 Tajuk Pekeliling :

Kompilasi Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian sehingga 1 Januari 2011


Tujuan :

Menghimpunkan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian

,

Sebagaimana sedia maklum, pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dikeluarkan di bawah peruntukan perenggan 8(1)(e) Kanun Tanah Negara berhubung dengan pentadbiran dan pengurusan tanah. Di samping itu, Jabatan ini juga telah mengeluarkan pekeliling-pekeliling di bawah peruntukan-peruntukan undang-undang berkaitan pentadbiran tanah yang lain seperti Akta Hakmilik Strata 1985, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1956 dan Akta Bekalan Elektrik, 1990.

PDF icon Kompilasi PKPTG 2011-1.pdf
24 Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 4/2010 08/12/2010 Tajuk Pekeliling :

‘Maklumat yang perlu dikemukakan kepada jabatan penilaian dan perkhidmatan harta (jpph) semasa memohon anggaran kos pengambilan balik tanah’


Tujuan :

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) mengenai maklumat yang perlu dibekalkan kepada JPPH Sarawak bagi tujuan untuk mendapatkan anggaran kos pengambilan balik tanah.

PDF icon SPPTP 2010-4.pdf
25 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2010 05/07/2010 Tajuk Pekeliling :

Garis panduan penetapan lebar Rizab Sungai yang seragam bagi sungai-sungai yang tidak diwartakan


Tujuan :

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan tindakan perizaban sungai oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan menyeragamkan lebar rizab sungai di negeri-negeri bagi sungai-sungai yang tidak diwartakan.

PDF icon PKPTG 2010-2.pdf
26 Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2010 01/07/2010 Tajuk Pekeliling :

Penggunaan draf perjanjian seragam pembelian tanah atau bangunan untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP)


Tujuan :

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pembelian tanah atau bangunan yang seragam oleh semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan peraturanperaturan yang perlu dipatuhi bagi memudahkan dan mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

PDF icon PPTP 2010-2.pdf
27 Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 3/2010 08/06/2010 Tajuk Pekeliling :

Penarikan balik perjanjian pajakan kecil di dalam pekeliling pesuruhjaya tanah persekutuan bil 1/2008 dan 2/2008 dan penggantian dengan perjanjian seragam yang baru.


Tujuan :

Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penarikan balik perjanjian seragam di dalam Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 1/2008 dan 2/2008 dan seterusnya menggantikan dengan perjanjian seragam yang baru.

PDF icon SPPTP 2010-3.pdf
28 Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2010 01/06/2010 Tajuk Pekeliling :

Peranan dan tanggungjawab Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah Kerajaan di Sarawak, senarai semak dan dokumen yang perlu dikemukakan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).


Tujuan :

Pekeliling ini bertujuan untuk :

  1. Menerangkan peranan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah; dan
  2. Tatacara semasa mengemukakan permohonan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)
PDF icon PPTP 2010-2.pdf
29 Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2010 01/03/2010 Tajuk Pekeliling :

Penggunaan borang pengesahan status tanah yang baru dan lapuran tanah oleh JKPTG Negeri bagi menggantikan borang pengesahan status tanah oleh JKPTG Negeri di dalam pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 1/2007 (PPTP 1/2007)


Tujuan :

Surat Pekeliling ini dikeluarkan bagi menggantikan borang pengesahan status tanah yang sedia ada didalam Pekeliling di atas kepada borang baru.

PDF icon SPPTP 2010-1.pdf
30 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2010 01/03/2010 Tajuk Pekeliling :

Penyerahan Umpukan Tanah Bagi Maksud Awam MengikutPerenggan 136(1)(ca) Kanun Tanah Negara Berikutan Kelulusan Permohonan Pecah Sempadan atau Permohonan Serentak Pecah Sempadan dan Pengubahan Syarat.


Tujuan :

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir Tanah mengenai kewajipan tuan punya tanah untuk menyerahkan mana-mana umpukan tanah miliknya sebagaimana yang telah dipersetujui di dalam pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancang atau pihak berkuasa berkenaan untuk digunakan bagi maksud awam berikutan kelulusan permohonan pecah sempadan (seksyen 135 Kanun Tanah Negara (KTN)) atau permohonan serentak pecah sempadan dan pengubahan syarat (seksyen 124A KTN). Keperluan ini adalah selaras dengan peruntukan perenggan 136(1)(ca) KTN di bawah Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

PDF icon PKPTG 2010-1.pdf

Halaman-halaman