Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Menu

JKPTG Perlis

Anda di sini

Latar Belakang: 

Unit Khas Bergerak Perlis ditubuhkan pada 1.1.1979 pada awalnya Unit Khas Bergerak bersama Unit Pembahagian Pusaka Kecil ditempatkan di Pejabat Tanah dan Galian Perlis di Bangunan Dato’ Mahmud Mat. Manakala Unit Akta Penanam Padi yang ditubuhkan pada tahun 1970 yang ditumpangkan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri berpindah ke Tingkat 1 Bangunan Persekutuan Lama sehingga bulan Jun 1998. Pada tahun 1985 Pejabat Tanah dan Galian Perlis telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Penjara bersama-sama dengan Unit Khas Bergerak dan Unit Pembahagian Pusaka Kecil.
 
 
Pada bulan Julai 1998, ketiga-tiga Unit iaitu Unit Khas Bergerak, Unit Pembahagian Pusaka Kecil dan Unit Akta Penanam Padi telah diarah untuk berpindah di Tingkat 7, Bangunan Persekutuan, Persiaran Jubli Emas, Kangar. Perpindahan ketiga- tiga unit ini adalah berkonsepkan ` Pentadbiran Di Bawah Satu Bumbung ‘ dan dinamakan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Cawangan Negeri yang diketuai oleh seorang Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis.Kini Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perlis mempunyai sebanyak 28 orang kakitangan

Maklumat

randomness