Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Menu

Strata

Anda di sini

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 38/2009

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pendaftar-pendaftar dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pelaksanaan Akta Hakmilik Strata 1985 termasuklah Pindaan 2007 [Akta A1290] serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2012

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pentadbir Tanah mengenai penyeragaman prosedur permohonan semakan buku daftar strata bagi tujuan mengemaskini daftarai strata untuk mesyuarat agung perbadanan pengurusan.

Hakmilik Strata

Skim Strata
Skim strata merupakan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta telah ditetapkan sistem pengurusan bagi skim tersebut. Contohnya rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim komuniti berpagar.

 

Kepentingan Hak Milik Strata
Hakmilik strata adalah bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga. Contohnya pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka.

 

Melayu