header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

PERMOHONAN LESEN MENDAPATKAN PASIR DASAR LAUT DI BAWAH AKTA PELANTAR BENUA 1966

 

1. Permohonan Lesen

1.1. Kawasan yang dipohon untuk mengambil pasir adalah di kawasan pelantar benua Malaysia di bawah Akta Pelantar Benua 1966 (APB 1966).

1.2. Permohonan Lesen hendaklah menggunakan Borang 1 Jadual Pertama Pemberitahuan Pelantar Benua Penetapan Borang dan Fi (Pindaan) 2019 [P.U.(B) 184/2019] berserta dengan bayaran fi permohonan sebanyak RM3,000.00 melalui draf bank/wang pos/kiriman wang atas nama ‘Pesuruhjaya Tanah Persekutuan’. Borang ini boleh diperolehi di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan atau dimuat turun melalui laman web www.jkptg.gov.my

1.3. Setiap permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli
Aras 17, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA

dan disalinkan kepada;

(i) Ketua Setiausaha
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli
Aras 17, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA

(ii) Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan
Aras 3, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA

(*Berserta dengan bayaran fi permohonan sebanyak RM3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja)
dalam bentuk draf bank/wang pos/kiriman wang atas nama “Pesuruhjaya Tanah Persekutuan”)

 

(iii) Ketua Pengarah
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
Aras 9, Menara PjH
No.2, Jalan Tun Abdul Razak
Presint 2
62100 PUTRAJAYA

 

1.4. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan dengan Borang Jadual Pertama seperti berikut:

(i) Surat permohonan rasmi;

(ii) Borang 1 Jadual Pertama yang telah lengkap;

(iii) Pelan kawasan yang dipohon dalam bentuk hardcopy dan softcopy serta koordinatnya dalam World Geodetic System 1984 (WGS84);

(iv) Memorandum & Articles of Association;

(v) Borang 49 Akta Syarikat 1965/Seksyen 58 Akta Syarikat 2016; (vi) Borang 24 Akta Syarikat 1965/Seksyen 78 Akta Syarikat 2016; (vii) Penyata kewangan beraudit syarikat bagi tahun terkini(bagi syarikat berhad);

(viii) Penyata bank tiga (3) bulan terkini yang disahkan benar(bagi permohonan daripada individu/syarikat milikan tunggal);dan

(ix) Surat tawaran membekal pasir atau memorandum persefahaman atau dokumen perjanjian dengan syarikat yang akan membeli atau menggunakan pasir.

1.5. Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap atau kawasan yang bertindih dengan lesen yang diluluskan.

 

2. Pertimbangan Dasar

2.1. Tempoh pertimbangan dasar yang diberikan adalah enam (6) bulan dari tarikh surat pertimbangan dasar dikeluarkan dan dalam tempoh tersebut, pemohon dikehendaki:

(i) Menjalankan Kajian Kuantiti dan Kualiti Sumber Pasir Laut dan diluluskan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG);

(ii) Menjalankan Kajian Hidraulik dan diluluskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS);

(iii) Menjalankan Kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling [Environmental Impact Assessment (EIA)] dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS);dan

(iv) Menjalankan Pengukuran Hidrografi (Pre Dredge Survey) dan diluluskan oleh Pusat Hidrografi Nasional (PHN)

2.2. Sekiranya pemohon gagal menyempurnakan kajian dan pengukuran dalam tempoh yang ditetapkan, pemohon boleh mengemukakan permohonan pelanjutan pertimbangan dasar bagi memenuhi syarat-syarat pertimbangan dasar yang ditetapkan dalam tempoh satu (1) bulan sebelum tamat.

2.3. PTP boleh mengesyorkan kepada YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli untuk melanjutkan tempoh pertimbangan dasar bagi tempoh sehingga enam (6) bulan sahaja dengan syarat pemohon mengemukakan bukti bahawa kajian-kajian yang disyaratkan dalam pertimbangan dasar yang diluluskan tersebut sedang dilaksanakan.

 

3. Bayaran dan Kelulusan Lesen

3.1. Setelah semua kajian di para 2 selesai dijalankan dan mendapat kelulusan daripada Jabatan/Agensi Teknikal yang berkaitan, pemohon perlu mengemukakan bayaran-bayaran seperti berikut sebelum pengeluaran lesen:

(i) Bayaran fi lesen pada kadar RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) bagi setiap 2.59 km persegi atau sebahagian daripada kawasan yang diluluskan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dalam bentuk bank draf;

(ii) Bayaran wang cagaran berjumlah RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu Sahaja) sebagai pematuhan terhadap syarat-syarat lesen kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dalam bentuk bank draf; dan

(iii) Bayaran wang cagaran berjumlah RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu Sahaja) untuk kebajikan nelayan kepada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dalam bentuk bank draf.

 

4. Permohonan Kebenaran Beroperasi

4.1. Pelesen hendaklah dalam tempoh 14 hari sebelum memulakan operasi pengorekan pasir laut di kawasan yang diluluskan, mengemukakan maklumat berkenaan Cadangan Menjalankan Operasi Mendapatkan Pasir Dasar Laut di Bawah Akta Pelantar Benua 1966 kepada JKPTG untuk kelulusan; dan

4.2. Sekiranya pelesen telah mula beroperasi mendapatkan pasir dasar laut, kadar royalti yang ditetapkan adalah RM3.00 bagi setiap meter padu pasir yang dikeluarkan dan bayaran hendaklah dikemukakan dalam bentuk bank draf atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dalam tempoh 14 hari dalam bulan berikutnya dengan menggunakan Borang B (Laporan Pengeluaran Pasir Laut Di Bawah Seksyen 4, Akta Pelantar Benua 1966) berserta dokumen sokongan iaitu Borang Kastam No. 3 (K3) daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan dokumen yang berkaitan.

any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini

article
any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue