header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

PEMUDAHAN DAN PENYERAGAMAN BORANG PERMOHONAN KEBENARAN PINDAH MILIK, GADAIAN, PINDAH MILIK DAN GADAIAN   (e-Consent) DI PENTADBIRAN TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA
 
Pada masa kini, pengguna dibebankan dengan pengisian maklumat pada Borang Consent yang sepatutnya maklumat tersebut boleh dijana daripada sistem sedia ada iaitu Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) yang terdapat di Pentadbiran Tanah.
 
Mesyuarat Working Group Efficiency  Issues (WGEI) juga telah membangkitkan isu aduan orang awam mengenai Borang Konsent yang pelbagai mengikut negeri dan mengelirukan orang awam. Sehubungan itu, satu kajian mengenai penyeragaman Borang Consent telah dilakukan.
 
Penyeragaman Borang Consent seterusnya akan:

  • mempermudahkan Borang Consent yang ada di Pentadbiran Tanah di Semenanjung Malaysia dan seterusnya memudahkan orang awam berurusan dengan Pentadbiran Tanah; dan
  • mempercepatkan proses permohonan Kebenaran Pindahmilik, Gadaian, Pindahmilik dan Gadaian di Pentadbiran Tanah.

Carta alir permohonan consent serta Borang Consent kini boleh didapati melalui capaian berikut:

Carta Alir  Borang Consent

any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini

article
any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue