header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
All Items
Am
Definisi
Perintah Pembahagian
Permohonan
Perbicaraan
Bagaimanakah penyelesaian harta-harta alih seperti kenderaan, wang simpanan, dan saham koperasi simati boleh deselesaikan?
Harta-harta alih yang dimiliki oleh simati bersama dengan harta-harta tak alih boleh boleh diselesaikan bersama-sama dalam pembicaraan harta pusaka kecil..
Peneroka (simati) ada membuat wasiat yang bertentangan dengan sekatan tanah GSA? Bolehkah wasiat itu dilaksanakan?
Sebarang wasiat yang tidak selari dengan sekatan-sekatan tanah, tidak dapat dilaksanakan.
Dokumen hakmilik bagi tanah-tanah rancangan dikeluarkan berperingkat. Ada sebahagian dikeluarkan terdahulu dan pernah diturunmilik kepada seseorang. Bolehkah dokumen tanah yang diterima kemudian itu diturunmilik kepada seseorang yang lain?
Dokumen tanah yang diterima kemudian tidak boleh diturunmilik kepada waris lain. Ini adalah disebabdkan hakmilik yang tertinggal itu akan menuruti perintah yang sama dalam perbicaraan terhadap hakmilik yang dibicarakan terdahulu, kerana kesemuanya adalah hakmilik berangkai.
Apakah rasional sekatan kepentingan tanah GSA yang tidak membenarkan tanah dimiliki oleh lebih daripda dua orang pemilik?
Rasional di atas sekatan kepentingan ini adalah berdasarkan kepada matlamat Akta GSA itu sendiri, iaitu untuk memaksimumkan hasil daripada kegiatan pertanian, yang mana hakmilik tidak boleh dimiliki oleh pemilik yang ramai.
Adakah tanah yang dikeluarkan hakmiliknya atas nama isteri simati seperti kes peneroka meninggal sebelum dokumen hakmilik dikeluarkan dikira sebagai harta pusaka simati atau isterinya?
Sepatutnya, harta itu adalah harta peneroka asal. Walaubagaimanapun, setelah dokumen hakmilik didaftarkan kepada nama isteri simati, Pentadbir Tanah perlu merujuk kepada Seksyen 340 Kanun Tanah Negara, yang menyatakan hakmilik yang tidak boleh disangkal kepada pemilik yang tertera namanya itu. Maka demikian, harta itu dikira sebagai harta pusaka isteri simati.
Peneroka asal telah meninggal dunia sebelum dokumen dikeluarkan. Selepas itu, dokumen hakmilik dikeluarkan diatas nama isteri peneroka. Bagaimanakah perkara rersebut berlaku?
Perkara ini berlaku kerana waris tidak membuat permohonan pusaka dengan merujuk kepada nombor R.O.H setelah peneroka meninggal dunia. Oleh yang demikian urusan pengeluaran dokumen hakmilik telah ditukar terus kepada nama isteri simati tanpa ada perintah perlantikan pentadbir daripada Pentadbir Tanah.
Sekiranya perkahwinan tidak didaftarkan mengikut Akta memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, apakah balu/duda layak mewarisi harta pusaka salah seorang daripada mereka sekiranya berlaku kematian?
Walaupun perkahwinan mereka dianggap tidak sah di bawah Akta berkenaan, namun balu/duda masih layak mewarisi harta pusaka salah seorang daripada mereka, sekiranya dapat dibuktikan bahawa perkahwinan di antara mereka berdua telah sebenarnya berlaku mengikut adat dan amalan masyarakat mereka.
Kesemua waris tinggal berjauhan dari tempat terletaknya harta pusaka simati, tidak berminat kepada harta pusaka tersebut, dan berhasrat untuk menjual harta. Bolehkah ia dilaksanakan?
Waris boleh menjual pusaka tersebut walaubagaimanapun Pentadbir Tanah akan mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir terlebih dahulu, dan pentadbir perlu mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi untuk kebenaran menjual harta.
Adakah ibu dan bapa simati yang mengalami maslah nyanyuk masih dikira sebagai waris simati?
Walaupun kedua ibu bapa si mati sudah tua dan nyanyuk mereka masih di kira waris yang sah dan layak ke atas pusaka si mati.
Apakah yang dimaksudkan dengan tanah adat (customary land) ?
Tanah adat adalah merujuk kepada tanah di bawah hakmilik Pejabat Tanah yang diwartakan di bawah Enakmen Pegangan Adat, Bab 215 dan Enakmen Pegangan Adat (Tanah Lengkongan) 1960 dan ianya diwarisi secara turun temurun oleh sesuatu suku kaum secara berkelompok. Dalam sijil daftar tanah tersebut tercatit nama suku atau kaum berkenaan. Tanah adat terdapat di Negeri Sembilan dan Melaka.
Apakah hak anak luar nikah terhadap pewarisan harta?
Anak luar nikah boleh mewarisi harta ibunya tetapi tidak boleh mewarisi harta bapanya.
Adakah konsep harta sepencarian turut digunapakai dalam pembahagian harta pusaka simati yang bukan beragama Islam?
Konsep harta sepencarian tidak berlaku dalam pembahagian pusaka  bukan Islam namun, wujud konsep matrimonial asset di kalangan bukan Islam di mana harta akan dibahagikan di antara suami dan isteri sebaik sahaja perkahwinan mereka dibubarkan tetapi tidak selepas kematian suami atau isteri tersebut.
Sebelum berkuatkuasa Kanun Tanah Negara 1965, terdapat beberapa hakmilik sementara seperti Surat Akuan (Kedah) dan Tanah AA (Approved Application). Apakah kedua-dua jenis hakmilik ini boleh dijadikan harta pusaka simati?
Kedua-dua jenis hakmilik di atas adalah sebahagian daripada harta pusaka si mati sebagaimana hakmilik-hakmilik jenis lain dan ianya boleh diwarisi oleh waris-waris simati.
Bolehkah 'Surat Ikatan Amanah' (Trust Deed) dianggap sebagai sebahagian daripada harta pusaka simati?
Ya, sekiranya nama si mati merupakan sebahagian daripada orang-orang yang kepada mereka amanah tersebut dipegang. Sekiranya si mati adalah pemegang amanah, ianya tidak boleh dianggap sebagai harta si mati.
Adakah tanah 'daftar pegangan' (register of holdings) di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 termasuk di dalam takrif harta pusaka?
Tanah daftar pegangan adalah termasuk dalam takrif harta pusaka si mati.
Apakah tanah pajakan lombong (mining lease) yang didaftarkan atas nama simati boleh dijadikan harta pusaka simati?
Tanah pajakan lombong adalah hakmilik muktamad dan ianya adalah sebahagian daripada harta pusaka si mati yang boleh diturunmilik kepada waris.
Adakah permit dan lesen seperti pendudukan sementara (TOL), lesen perniagaan, permit pengangkutan awam boleh dijadikan sebahagian daripada harta pusaka?
Lesen dan permit tidak boleh diwarisi dan ianya akan luput setelah kematian pemilik asal.
Apakah yang dimaksudkan harta alih?
Harta alih ialah harta yang selain daripada harta tak alih seperti wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, kenderaan, senjata api, barang kemas dan sebagainya
Apakah yang dimaksudkan harta tak alih?
Harta tak alih ialah tanah atau kepentingan di atasnya. Bangunan kekal adalah meliputi takrif harta tak alih.
Apakah yang dimaksudkan sebagai pusaka kecil?
Harta pusaka kecil ialah harta yang terdiri daripada harta tak alih (tanah / rumah) dan harta alih yang jumlah keseluruhan nilai semasanya tidak melebihi RM 2 juta dan si mati tidak meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1949.
Apakah yang dimaksudkan sebagai harta pusaka?
Harta pusaka ialah semua harta dan kepentingan si mati yang kematiannya telah dapat dibuktikan.
Adakah proses bagi pindahmilik tanah yang terlibat dengan penamatan GSA seperti tanah-tanah bukan GSA?
Proses pindahmilik tanah GSA yang terlibat dengan penamatan GSA boleh dilakukan seperti tanah-tanah bukan GSA dengan syarat pemohon mestilah mengesahkan penamatan GSA tersebut kepada Pentadbir Tanah sewaktu perbicaraan. Pengesahan boleh diperolehi daripada Pihak Berkuasa Negeri (Pejabat Tanah) melalui warta kerajaan.
Adakah proses turunmilik tanah pusaka yang telah digadaikan semasa hayat simati boleh dilakukan?
Memandangkan si mati masih berhutang dengan pihak bank, maka proses pindahmilik kepada waris tidak boleh dilakukan. Surat Kuasa Mentadbir akan dikeluarkan, dan pentadbir akan diarahkan untuk menyelesaikan baki hutang terlebih dahulu.
Jika kesemua waris bersetuju, bolehkah tapak rumah diturunmilik kepda seseorang, dan tapak pertanian diturunmilik seseorang yang lain?
Tanah-tanah yang tertakluk kepada Akta GSA adalah berangkaian di antara setiap satu hakmilik. Ia tidak boleh dipajak, digadai, dicagar, dan dipindahmilik melainkan bersekali dengan lot-lot yang berangkai dengannya.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pentadbir yang dilantik tidak amanah?
Jika didapati bahawa pentadbir tidak amanah terhadap pengendalian harta pusaka simati, waris-waris yang lain boleh memohon untuk melantik pentadbir yang baru bagi menggantikan pentadbir yang sedia ada.
Apakah tindakan yang perlu dibuat jika pentadbir meninggal dunia?
Jika berlaku kematian ke atas pentadbir, sila pohon ulangbicara untuk melantik pentadbir yang baru, dan sila kemukakan senarai waris kepada pentadbir asal tersebut, sekiranya pentadbir asal itu adalah waris kepada simati.
Apakah kuasa-kuasa pentadbir ke atas harta simati yang ditadbirkannya?
Kuasa-kuasa pentadbir adalah tertakluk kepada Seksyen 13 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2008, yang hanya terhad kepada penjagaan dan pengurusan harta simati sahaja. Walaubagaimanapun, sebenarnya harta tersebut masih lagi dimiliki oleh simati.
Berapa orang pentadbir boleh dilantik bagi mentadbir harta simati?
Merujuk kepada Akta Probet dan Pentadbiran, pentadbir boleh dilantik tidak melebihi 4 orang sahaja.
Siapakah yang layak menjadi pentadbir harta?
Pentadbir boleh dilantik di kalangan waris-waris kadim simati. Selain daripada itu, Amanah Raya Berhad juga boleh dilantik sebagai pentadbir bagi harta simati.
Bagaimanakah penurunan pusaka dibuat seandainya terdapat lebih daripada dua orang waris bagi tanah berstatus GSA?
Jika si mati meninggalkan waris melebihi dua orang, perlantikan pentadbir sahaja yang akan diberikan. Pentadbir akan bertanggungjawab untuk menguruskan harta simati sahaja, dan membuat pembahagian hasil kepada kesemua waris mengikut kadar syer masing-masing.
Sekiranya simati adalah seorang perempuan/lelaki yang belum berumahtangga, siapakah yang berhak mewarisi harta pusaka?
Waris yang berhak adalah;
  1. Bapa simati - 2/3 bahagian
  2. Ibu simati - 1/3 bahagian
  3. Saudara (lekaki dan perempuan) si mati, walaupun masih hidup namun mereka tidak layak mewarisi harta si mati.
Siapakah yang berhak mewarisi harta seorang isteri yang telah meninggal dunia?
  1. Bapa - 1/6 bahagian
  2. Ibu - 1/6 bahagian
  3. Suami - 1/4 bahagian
  4. Anak-anak - baki harta, mengikut nisbah anak lelaki kepada anak perempuan (2:1)
Adakah rayuan lanjutan boleh dikemukakan di Mahkahmah Persatuan sekiranya perayu masih tidak berpuas hati dengan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi?
Perintah Mahkamah Tinggi adalah muktamad di bawah Akta Harta Pusaka kecil (Pembahagian) 1955 (Pindaan 2008) dan perayu tidak boleh lagi merayu di mana-mana mahkamah lain.
Siapakah yang layak memohon pusaka?
Waris terdekat seperti suami, isteri, bapa, ibu, anak dan lain-lain waris yang boleh mewarisi harta si mati, pemiutang, pemegang gadaian, penerima wasiat, Baitulmal, Penghulu, Pegawai Penempatan, Pemegang Amanah (trustee), Penerima Amanah, Pemegang Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney), Amanah Raya Berhad dan pembeli.
Siapakah yang dianggap sebagai di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Pindaan 2008)?
Seksyen 2 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Pindaan 2008) menjelaskan pembeli sebgai seseorang yang pada tarikh permohonan atau pembahagian pusaka dibuat samada oleh dirinya sendiri atau orang lain, menduduki (in Occupation) mana-mana tanah atau kepentingan yang didaftarkan atas nama si mati, melalui perjanjian jual beli di antara dirinya dengan si mati.
Bolehkah permohonan pembahagian pusaka yang telah didaftarkan di satu-satu daerah dipindahkan ke daerah lain untuk kemudahan ahli waris?
Boleh, walau bagaimanapun pemohon hendaklah membuat permohonan bertulis kepada Pentadbir Tanah Daerah berkenaan menyatakan tujuan mengapa permohonan pemindahan tersebut dibuat. Permohonan akan dipanjangkan untuk kelulusan Pengarah Tanah dan Galian Negeri sekiranya ianya melibatkan pelangkauan daerah dalam negeri yang sama dan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan sekiranya ianya melibatkan pelangkauan negeri.
Sekiranya simati memiliki beberapa bidang tanah di daerah yang berlainan dimanakah permohonan perlu dbuat?
Permohonan boleh dibuat di mana-mana daerah harta tak alih simati berada.
Dimanakah permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat?
Permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil yang terdapat di daerah di mana harta tidak alih itu berada.
Adakah permohonan pusaka boleh diteruskan sekiranya simati adalah seorang peneroka Felda tetapi dokumen hakmilik belum dikeluarkan?
Permohonan boleh dibuat walaupun dokumen hakmilik masih belum diterima dan keterangan mengenai harta tak alih simati boleh dirujuk dengan menggunakan nombor R.O.H ( Daftar pegangan) yang boleh disahkan oleh Pengurus Felda / Felcra.
Bagaimanakah persetujuan dibuat sekiranya perbicaraan tidak dihadiri oleh semua waris dan bersetuju untuk melantik seorang pentadbir?
Perlantikan pentadbir boleh dibuat berdasarkan persetujuan waris-waris yang hadir pada hari perbicaraan, setelah Pentadbir Tanah berpuashati dengan kelayakan calon pentadbir tersebut. Tidak ada halangan jika ada di antara waris yang tidak hadir, kerana tiada pemberian turunmilik dibuat. Kuasa-kuasa pentadbir adalah terhad, jadi waris yang tidak hadir tidak perlu risau.
Bolehkah waris belum dewasa (minor) menyerahkan bahagian mereka kepada waris lain ketika perbicaraan sedang dijalankan?
Waris minor boleh menyerahkan bahagian yang diperolehi sekiranya mendapat persetujuan daripada penjaga dengan syarat pada pandangan Pentadbir Tanah, penyerahan tersebut tidak mendatangkan ketidakadilan kepada waris berkenaan.
Sekiranya seseorang waris tidak dapat menghadiri perbicaraan, apakah tindakan yang harus dilakukan?
Seandainya ada waris dewasa tidak dapat menghadiri perbicaraan yang telah ditetapkan, maka beliau hendaklah mengemukakan borang persetujuan pembahagian yang ditandatangani dihadapan Pesuruhjaya Sumpah, Majistret atau Pentadbir Tanah. Borang tersebut akan menyatakan apakah bentuk pembahagian yang dikehendaki oleh waris berkenaan.
Sekiranya terdapat waris yang gagal diserahkan notis perbicaraan kepadanya, apakah perbicaraan yang dijalankan menjadi tidak sah?
Walaupun waris tidak menerima notis untuk hadir ke dalam perbicaraan, ianya tidak boleh menjadikan sesuatu perbicaraan itu tidak sah, melainkan jika pada pandangan Mahkamah Tinggi telah berlaku ketidakadilan
Sekiranya seorang waris (pemohon) sahaja yang hadir perbicaraan, bolehkah perintah pembahagian dikeluarkan?
Sekiranya seorang waris sahaja yang hadir pada hari perbicaraan, perintah pembahagian hanya boleh dikeluarkan mengikut hukum faraid atau Akta Pembahgian 1958 sahaja.
Apakah tujuan perbicaraan?
Tujuan perbicaraan diadakan adalah untuk menentukan perwarisan, pembahagian dan memutuskan tuntutan daripada pihak yang berkepentingan.
Bagaimanakah waris dihubungi untuk menghadiri perbicaraan pembahagian pusaka?
Pemohon dan setiap waris akan dihubungi melalui notis perbicaraan (borang D) yang akan diserahkan secara serahan tangan. Bagaimanapun sekiranya serahan tangan tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu, notis perbicaraan boleh dihantar secara pos berdaftar bersama kad akuan penerimaan. Notis perbicaraan juga akan dipamerkan di tempat-tempat awam seperti masjid, surau, balairaya dan sebagainya dengan tujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai sekiranya ada bantahan atau tuntutan.
Bolehkah pihak awam turut menghadiri perbicaraan?
Perbicaraan bersifat terbuka dan boleh dihadiri oleh orang awam.
Perlukah waris kanak-kanak (belum dewasa) hadir perbicaraan?
Waris kanak-kanak (bawah 18 tahun) tidak perlu hadir kerana penjaga (guardian) telah dilantik mewakili diri mereka.
Siapakah yang boleh menyaksikan surat akuan bersumpah?
Surat akuan bersumpah boleh disaksikan oleh dua (2) orang saksi bebas yang mengenali si mati dan menyaksikan kematian si mati.
Siapakah sasi bebas?
Saksi bebas ialah orang yang tiada kaitan keluarga terdekat dengan si mati dan tidak berhak mewarisi harta peninggalannya.
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini

article
any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue