Menyedari pentingnya pengurusan pengetahuan yang sistematik dalam pentadbiran tanah Malaysia, JKPTG telah mengambil langkah ke hadapan dengan memperkenalkan sebuah Jurnal Pentadbiran Tanah sebagai media interaktif bagi menghubungkan perkongsian dan penyebaran bersama maklumat tadbir-urus tanah di kalangan pengamal-pengamal dan penyelidik-penyelidik pentadbiran tanah.
Jurnal Pentadbiran Tanah ini boleh diakses melalui Portal JKPTG dan ia boleh dimuat-turun untuk rujukan anda. Bagi memastikan kesinambungannya dalam edisi akan datang, adalah dengan ini dialu-alukan sumbangan hasil karya anda berkaitan isu-isu pentadbiran tanah untuk dimuatkan dalam Jurnal ini. Semua hasil karya yang telah disediakan dalam versi Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia bolehlah dikemukakan secara email atau CD dalam bentuk MS Word kepada Sidang Editorial Jurnal Pentadbiran Tanah untuk proses penyuntingan.
Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi Pegawai Perhubungan Bahagian Dasar dan Konsultasi di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau 03-8871 2670/Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau 03-8871 2678.