header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search
Design21_BANNER
Call For Papers Jurnal Land 024
Peralihan to MyLAND
SystemPeralihan
Design_Banner_BPP_Callcenter
Design_Banner_BPP_Callcenter
PENGUMUMAN_11jun2020bppt1
MTE_silver_award_banner
previous arrow
next arrow
Slider
Datuk Hanif

YBhg. Datuk Hj. Mohd. Haniff Bin Hassan

Emel: mhaniff[at]jkptg[dot]gov[dot]my
Telefon: 03 8871 2776
Faks: 03 8889 3461

Profil Peribadi

Tarikh Lahir : 12 September 1974
Negeri Kelahiran : Pulau Pinang 
Keturunan: Melayu
Agama: Islam

Kelulusan Akademik

  1. PhD candidate (Land Administration, UTM) 2021
  2. MSc Land & Administration (UTM), 2016
  3. Bachelor of Management Technology (Hons.) (UTM), 1998
  4. Diploma Pentadbiran Awam (INTAN), 2001

Pengalaman Kerja

1. 16 April 2001  : Lantikan ke PTD (Gred M3), Jawatan Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN)
2. 20 Oktober 2001  :  Penolong Setiausaha, Bahagian Perancangan Dasar, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra
3. 13 Februari 2004   Setiausaha Kedua/Ketua Canseri/Counsellor Kedutaan Besar Malaysia di Algeria (Kementerian Luar Negeri)
4. 4 April 2006  : Penolong Setiausaha, Bahagian Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Kementerian Luar Negeri
5.  1 Ogos 2006  : Penolong Setiausaha, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor
6. 26 September 2006  : Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat Pegawai Kewangan Negeri, (PWN), SUK Selangor, memangku Gred M44
7. 1 Februari 2007  : Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat PWN, SUK Selangor, memangku Gred M48
8. 7 Mei 2008  : Pengarah Program (Jawatan Kumpulan JPA), pinjaman antarabangsa ke Colombo Plan Secretariat, Sri Lanka
9. 10 Jun 2008  : Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Antarabangsa, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
10. 1 Oktober 2010  : Ketua Penolong Setiausaha, Pentadbiran SUK Selangor, PTD Gred M48
11. 13 September 2012  : Ketua Pen. Pengarah Kanan, Gred M52, eKL, MAMPU, Jab. Perdana Menteri
12. 13 Februari 2013  : Pendaftar, Institut Latihan Kehakiman & Perundangan (ILKAP), JPM
13. 15 Oktober 2013  : Setiausaha, Urusetia Jawatankuasa Kerja Tanah (UJKT), JPM
14. 7 Januari 2015  : Pengarah Tanah & Galian, Wilayah Persekutuan, KL, Gred 54 KUP (C)
15. 14 April 2016  : Timb. Pegawai Kewangan Negeri Selangor, SUK Selangor
16. 1 September 2017  : Pengarah, Bahagian Aduan, Biro Pengurusan Aduan, JPM
17. 5 Februari 2018   Pengarah, eTanah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG) Persekutuan
18. 17 September 2019   Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Dan Tanah Bagan Datu
19. 1 Jun 2020   Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
20. 22 Mac 2021   Setiausaha Bahagian Kanan (Tanah, Ukur dan Geospatial), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)
21. 6 April 2022   Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Penyelarasan dan Operasi), Jabatan Ketua Pengarah dan Galian (JKPTG)

Anugerah

1. Panglima Mahkota Wilayah (PMW)

Aktiviti & Sumbangan Lain

Tiada Maklumat
Datuk Azmi crop

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain

(K.M.W, P.M.W)
Emel: azmizain[at]jkptg[dot]gov[dot]my
Telefon: 03 8871 2602
Faks: 03 8889 3855

Profil Peribadi

Tarikh Lahir : 3 Ogos 1971
Negeri Kelahiran : Kelantan
Keturunan: Melayu
Agama: Islam

Kelulusan Akademik

  1. Sarjana Sains Sosial (Sains Pembangunan), 2013, UKM.
  2. B.Econ.(Hons) 1995, UM.

Pengalaman Kerja

1. 21 Januari 2008  : Ketua Penolong Setiausaha, Gred M48, Seksyen Komunikasi Strategik & Pengurusan Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah Persekutuan.
2. 12 Julai 2010 - 22 April 2012  : Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred M52, Jawatan Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia - CBBP mulai 12.7.2010 hingga 30.6.2012.
3. 23 April 2012 - 15 Februari 2016 : Setiausaha Bahagian, Gred M54, Bahagian Pengurusan Pembangunan, Kementerian Wilayah Persekutuan.
4.  16 Februari 2016 - 19 Januari 2017 : Setiausaha Bahagian, Gred Utama C, Bahagian Pengurusan Pembangunan, Kementerian Wilayah Persekutuan.
5. 20 Januari 2017 - 30 September 2020 : Setiausaha Bahagian, Gred Utama C, Bahagian Sosio Ekonomi, Kementerian Wilayah Persekutuan.
6.  1 Oktober 2020 - 15 Disember 2021 : Presiden, Jawatan Terbuka Kumpulan Pengurusan Tertinggi Gred Utama B Khas Untuk Penyandang Jawatan Hakiki Kumpulan Pengurusan Tertinggi Gred Utama A, Pejabat Presiden, Perbadanan Putrajaya.
7.  16 Disember 2021 - kini  Ketua Pengarah, Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, Gred Utama B, Pejabat Ketua Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian.

Anugerah

  1. Kesatria Mahkota Wilayah - 2009.
  2. Panglima Mahkota Wilayah - 2018.

Aktiviti & Sumbangan Lain

1. Ahli  Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD).
2. Ahli  Kelab Kebajikan dan Sukan Kementerian Wilayah Persekutuan.
3. Ahli  Jawatankuasa Sosio Pembangunan MAIWP.
4. Pengerusi Panel Kejurulatihan & Sains Sukan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.
5. Pengerusi Jawatankuasa Surau Kementerian Wilayah Persekutuan.

Perutusan Tertinggi BM

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) berperanan menguruskan tanah-tanah Kerajaan Persekutuan mengikut peruntukan di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 Perolehan Tanah Persekutuan adalah bagi melaksanakan projek-projek untuk faedah rakyat. Cara perolehan pula adalah melalui pembelian, perizapan, permohonan kepada Kerajaan Negeri, atau pengambilan tanah dibawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Sehingga kini, perolehan dan pengurusan tanah Persekutuan telah dapat dijalankan dengan baik melalui kerjasama daripada semua agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri.

JKPTG juga berperanan dalam menerajui penambahbaikan pentadbiran tanah Negara. Usaha-usaha yang telah diambil untuk merealisasikan aspek ini meliputi penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi membantu penyelesaian tunggakan urusan tanah; penyelarasan undang-undang dan peraturan pengurusan tanah melalui pindaan Undang-undang Tanah; pengeluaran Pekeliling serta Garispanduan-garispanduan berkaitan; dan pengenalan penggunaan ICT dalam pentadbiran dan pengurusan tanah di JKPTG Ibupejabat dan Negeri.

Kerjasama semua agensi pentadbiran tanah di setiap Negeri juga telah membantu bagi mencapai usaha ini. Ini telah diperkukuhkan lagi melalui sistem berkomputer yang telah diperkenalkan di mana tahap literasi dan pembudayaan ICT dikalangan anggota pentadbiran tanah telah meningkat.Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan peranan JKPTG, dan mohon kerjasama lebih erat diberikan supaya peranan dapat dimainkan dengan lebih berkesan.

Laman Web JKPTG ini telah dinaiktaraf bagi memenuhi keperluan pelanggan ( stakeholders ) yang terdiri daripada agensi kerajaan, agensi swasta dan rakyat meliputi warganegara dan bukan warganegara. Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada golongan sasar ini bagi memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan JKPTG. Segala pandangan dan teguran bagi penambahbaikan laman web ini mahupun pentadbiran tanah Negara adalah dialu-alukan dan terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian.

Datuk Muhammad Azmi Bin Mohd Zain
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Sebagai penggerak utama pengurusan pentadbiran tanah negara meliputi :

  1. Penyemakan Perundangan yang berkaitan Pentadbiran Tanah
  2. Pengurusan Rekod Harta Tanah Persekutuan
  3. Pengambilan Tanah bagi tujuan Projek Persekutuan
  4. Penyewaan dan Penguatkuasaan Harta Tanah Persekutuan
  5. Pengurusan Pembahagian Pusaka Kecil

Kuasa Ketua Pengarah Tanah & Galian (Seksyen 8, Kanun Tanah Negara (KTN),1965)

  1. Berunding dengan mana-mana Pengarah Tanah dan Galian (PTG) negeri.
  2. Mendapat apa-apa penyata, laporan dan maklumat daripada mana-mana PTG berkaitan dengan pentadbiran Tanah di negeri-negeri.
  3. Mengadakan mesyuarat dengan semua PTG berkaitan pentadbiran Kanun Tanah Negara, 1965 (Akta 56/1965).
  4. Memeriksa rekod-rekod di Pejabat Pendaftar/Pejabat Tanah Daerah dengan kebenaran PTG.
  5. Mengeluarkan Pekeliling yang berkaitan dengan Pentadbiran Akta ini.
Kalendar Aktiviti
  • NRES
  • JPSM
  • INSTUN
  • JMG
  • Perhilitan
  • FRIM
  • JUPEM
  • MyGeo
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • JPM
  • JPA
  • IntanBK
  • MyGov
  • MOF
  • TalentCorp
location
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
phone
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
 email
Emel : pertanyaan[at]jkptg[dot]gov[dot]my

                   QRCode

Hari Ini 662

Minggu Ini 15009

Bulan Ini 43745

Keseluruhan 9302100

penafian

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Pilihan Bahasa:

Bahasa Lain:
Klik di sini