Laman web JKPTG boleh dilayari melalui telefon bimbit dan gajet mudahalih anda.
Sila layari www.jkptg.gov.my
Dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Modal Insan (UPMI), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) akan mengadakan Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT5 Siri 2 Tahun 2026 & Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Pegawai Tadbir N9 Siri 1 Tahun 2026 seperti ketetapan berikut:
Tajuk : Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Penolong Pegawai Tanah Gred NT5 Siri 2 Tahun 2026 & Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Pegawai Tadbir N9 Siri Tahun 2026
Tempat : Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Putrajaya, Presint 4, W. P. Putrajaya
Tarikh : Dimaklumkan Kemudian
Permohonan ini dibuka bermula 26 Jun 2026 (Jumaat) hingga 24 Julai 2026 (Jumaat) dan boleh dihantar terus kepada urus setia peperiksaan Encik Nofarik Bin Safari (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) unit UPMI (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.). Bersama-sama ini disertakan Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan dan Sukatan Peperiksaan dipautan berikut DISINI
Untuk makluman terdapat ralat teknikal pada perenggan 5 Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (KPTG) Bilangan 1 Tahun 2026 berhubung Kemasukan Kaveat Pendaftar Dalam Pengurusan Harta Pusaka Kecil yang telah diterbitkan sebelum ini. Notis ralat seperti DISINI
Versi terkini Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (KPTG) Bilangan 1 Tahun 2026 – Kemasukan Kaveat Pendaftar Dalam Pengurusan Harta Pusaka Kecil bertarikh 3 Mac 2026 boleh dimuat turun DISINI
|
11 Jun 2026
Berita lebih lanjut boleh diperolehi dipautan berikut DISINI...
|