Pembahagian Harta Pusaka
Pembahagian harta pusaka merujuk kepada proses pembahagian harta yang ditinggalkan oleh si mati kepada waris yang berhak, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Perkhidmatan ini menyediakan maklumat, panduan serta permohonan berkaitan pembahagian harta pusaka kecil.
Antara urusan yang terkandung dalam Modul Pembahagian Pusaka Kecil (PPK) adalah termasuk :
- Permohonan Baharu (Borang A – Seksyen 8),A
- Permohonan Berikutnya (Borang P – Seksyen 17),
- Permohonan Pemindahan Bidang Kuasa Eksklusif,
- Permohonan Penggantian Pemohon serta
- Permohonan Pembelian Salinan Perintah.
Pengurusan Pengambilan Tanah
Pengurusan pengambilan tanah merujuk kepada proses perolehan tanah bagi maksud pembangunan yang selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Perkhidmatan ini menyediakan maklumat, panduan serta permohonan berkaitan pengambilan tanah.
Antara urusan yang terkandung dalam Modul Pengurusan Pengambilan Tanah adalah termasuk :
- Pengambilan Tanah Seksyen 4
- Pengambilan Tanah Seksyen 8
- Permohonan Pembatalan
- Permohonan Penarikanbalik
- Permohonan Bantahan Mahkamah
Pengurusan Penguatkuasa dan Hasil Persekutuan
Pengurusan penguatkuasa dan hasil persekutuan merangkumi pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang tanah persekutuan serta urusan berkaitan kutipan hasil seperti sewaan, premium, fi, denda dan apa-apa bayaran lain yang ditetapkan.
Antara urusan yang terkandung dalam Modul Penguatkuasa dan Hasil Persekutuan adalah termasuk :
- Permohonan Penyewaan
- Permohonan Penyewaan Jangka Pendek
- Permohonan Premis Demis
- Permohonan Pelepasan Tanah Rizab
- Permohonan Serahbalik Tanah Milik
- Penawaran Tukarguna
Pengurusan Harta Tanah Persekutuan
Pengurusan harta tanah persekutuan merangkumi pengurusan sewaan, pemberian milik, pelepasan tanah rizab, serahbalik, tukarguna dan urusan berkaitan bagi memastikan penggunaan tanah kerajaan secara teratur dan berdaya guna.
Aduan
Perkhidmatan aduan membolehkan orang awam mengemukakan aduan, maklum balas, cadangan atau pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan urusan tanah. Aduan yang diterima akan diuruskan secara sistematik untuk tindakan lanjut oleh pihak jabatan.
Hebahan Terkini
Perkhidmatan Digital
Sistem Pengurusan Tanah Persekutuan dan Pembahagian Pusaka yang dibangunkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Malaysia.
Sistem elektronik yang dibangunkan untuk menaiktaraf kualiti penyampaian perkhidmatan awam di pentadbiran tanah
Dapatkan maklumat berkaitan JKPTG dengan mudah melalui TanyaJKPTG, pembantu maya berasaskan kecerdasan buatan (AI).