Sistem e-Tanah adalah Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik yang memudahkan urusan pentadbiran tanah secara dalam talian. Melalui e-Tanah, pengguna boleh mengakses pelbagai perkhidmatan berkaitan tanah dengan lebih mudah, cepat, telus dan selamat tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada proses secara manual tertakluk kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Pentadbiran Tanah Negeri masing-masing.
Matlamat dan objektif e-Tanah adalah untuk membangunkan dan mendigitalkan sistem pentadbiran tanah elektronik (Jadual 16 Kanun Tanah Negara 1965) dan sistem hakmilik strata elektronik (Jadual 6 Akta Hakmilik Strata 1985) pentadbiran tanah negeri dengan lebih efektif,telus dan berintegriti.
e-Tanah
Apakah perkhidmatan yang tersedia di Portal e-Tanah
Portal e-Tanah menyediakan pelbagai perkhidmatan pentadbiran tanah secara dalam talian untuk memudahkan urusan rakyat, agensi dan pihak berkepentingan. Antara perkhidmatan yang tersedia ialah:
Carian Rasmi
Carian Persendirian
Semakan serta pembayaran cukai tanah secara dalam talian.
Permohonan dalam talian berkaitan pendaftaran, hasil, pembangunan tanah, strata, pelupusan tanah, pengambilan tanah dan penguatkuasaan (tertakluk kepada negeri yang melaksanakan Sistem e-Tanah).
e-Tanah
Bagaimana cara untuk mengakses Portal e-Tanah
Akses ke portal e-Tanah bergantung pada negeri tempat hartanah atau tanah anda berada, kerana setiap negeri mengendalikan sistem e-Tanah masing-masing. Langkah-Langkah Mengakses Portal e-Tanah seperti berikut:
Apakah perkhidmatan yang diperkenalkan dalam Portal Awam sistem e-Tanah?
Sistem e-Tanah merupakan salah satu pencapaian inovasi yang sangat besar yang merupakan satu ekosistem yang komprehensif menyatukan semua proses perniagaan dan bukan perniagaan.
Antara perkhidmatan yang diperkenalkan secara atas talian (online) melalui Portal Awam adalah:
e-Carian – Satu perkhidmatan yang mudah, dimana para pengguna tidak lagi perlu ke kaunter untuk membuat Carian Persendirian, sebaliknya mendapatkan hasil carian persendirian hanya secara atas talian di Portal Awam
Permohonan Online – Merupakan satu perkhidmatan yang sangat penting dimana pengguna boleh membuat permohonan secara atas talian bagi setiap urusan, walaubagaimanapun aktiviti Penserahan dokumen secara fizikal bagi beberapa urusan masih dipraktikkan di peringkat awal perlaksanaan sistem e-Tanah di kaunter-kaunter pejabat tanah
e-Semakan – Satu kelebihan untuk mengetahui status permohonan/urusan yang telah dibuat atau dipohon melalui atas talian Portal Awam, status urusan yang sedang diproses, telah selesai atau perlu membuat kutipan di kaunter pejabat tanah
Semakan dan Bayaran Cukai Tanah – Dalam era digitalisasi ini, pengguna tidak lagi perlu datang ke kaunter untuk membuat semakan dan pembayaran Cukai Tanah, sebaliknya boleh menyemak dan membayar secara atas talian, penyata cukai tanah boleh dijana melalui Portal Awam. Pada masa akan datang penyata cukai tanah semasa tidak akan lagi dicetak dan dihantar secara pos (paperless)
e-Tanah
Apakah faedah sistem e-Tanah kepada pelanggan?
Komprehensif dan Bersepadu- e-Tanah adalah sistem yang bersepadu dan menggantikan sistem-sistem legasi terdahulu seperti SPTB, SPHTB, e-Consent dan SPPT dan menjadikan ekosistem.
Cepat – urusan di pejabat tanah dapat dipercepatkan, proses yang panjang dapat disingkatkan, pengenalan kaunter SPOC yang merupakan kaunter setempat dimana pelangggan tidak perlu ke kaunter yang berasingan untuk membuat urusan dan transaksi yang pelbagai.
Cekap - Proses aliran kerja telah dipermudahkan untuk mempercepatkan proses membuat keputusan.
Mudah – sesetengah perhidmatan diperkenalkan secara atas talian, dimana pelanggan tidak perlu ke pejabat tanah dan tidak perlu beratur untuk membuat urusan yang boleh dilakukan secara atas talian pada bila-bia masa dan di mana berada.
e-Tanah
Apakah impak positif yang dapat diperolehi daripada sistem e-Tanah?
Impak positif secara keseluruhan dapat dilihat daripada beberapa sudut :
Pentadbiran dan pengurusan tanah, pelaksanaan sistem e-Tanah dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan dalam pentadbiran tanah dimana satu sistem dan satu pengkalan data digunakan untuk mengakses semua data dan maklumat. Hakmilik tanah telah didigitalkan mengikut Jadual ke 16 Kanun Tanah Negara dan Jadual ke 6 Akta Hakmilik Strata untuk sistem yang lebih efektif dan lebih efisien. Disamping itu, ia juga dapat menambahbaik nilai dan budaya kerja serta mengurangkan kerenah birokrasi dalam ekosisistem pentadbiran tanah
Pembangunan hartanah, pelaksanaan ini dapat mempercepatkan proses pembangunan hartanah, merangsang transaksi dan nilai hartanah dengan lebih sistematik dan juga dapat memudahkan orang awam/korporat untuk melaksanakan urusan berkaitan tanah
Ekonomi, pelaksanaan sistem e-Tanah akan menambahbaik proses pendaftaran pemilikan hartanah di Malaysia, meningkatkan hasil kerajaan dan juga menarik minat pelabur dengan peningkatan kedudukan antarabangsa ‘Ease of Doing Business’ (EODB)
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB)
Apakah itu SPTB?
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) adalah satu sistem yang mengautomasi prosidur dalam urusan pendaftaran hakmilik tanah, penyediaan dokumen yang perlu baginya dan apa-apa kemasukan ke dalam mana-mana dokumen hakmilik. Sistem ini menggunakan kedua-dua tatacara manual dan komputer.
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB)
Apakah fungsi utama SPTB?
Fungsi utama SPTB adalah untuk menyokong urusan pendaftaran hak milik tanah, penyediaan dokumen berkaitan dan kemasukan maklumat ke dalam dokumen hak milik.
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB)
Apakah tujuan pelaksanaan SPTB?
Mengautomasi kaedah pendaftaran hakmilik dan urusniaga tanah supaya lebih kos efektif, berkesan dengan tidak mengabaikan aspek keselamatan di samping memudahkan pengesanan maklumat tanah.
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB)
Adakah SPTB melaksanakan keseluruhan proses secara berkomputer?
Tidak sepenuhnya. SPTB menggunakan gabungan tatacara manual dan komputer dalam pelaksanaan urusan pendaftaran tanah.
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB)
Apakah perbezaan antara SPTB dengan e-Tanah?
SPTB memberi tumpuan kepada pengautomatan prosedur pendaftaran tanah dengan menggunakan tatacara manual dan komputer. Ianya terhad kepada pendaftaran tanah dan urus niaga.
Pengurusan Tanah
Adakah terdapat batasan kepada kuasa Kanun Tanah Negara?
Sungguhpun Kanun Tanah Negara merupakan undang-undang tanah yang utama, namun ianya tidak boleh mengatasi beberapa undang-undang tanah yang lain iaitu:
Terengganu Settlement Enactment 1856
Selain daripada itu peruntukan-peruntukan tidak boleh digunakan jika ianya bercanggah dengan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang mengenai:
Tanah Adat
Tanah Rizab Melayu
Tanah lombong
Tanah kesultanan
Tanah wakaf atau Baitulmal
Akta Penanaman Padi, 1967
Ordinan Penyelesaian Tanah Kelantan, 1955
Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960
Mana-mana undang-undang mengenai pengecualian daripada pembayaran hasil tanah.
Pengurusan Tanah
Apa itu Kanun Tanah Negara (KTN) 1965?
Kanun Tanah Negara (KTN) telah dikanunkan mengikut Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan pada 18 September 1965. Tujuannya adalah untuk mengadakan suatu sistem pemegangan dan urusan tanah yang seragam di semua sebelas negeri di Semenanjung Malaysia.
Pengurusan Tanah
Apakah kebaikan Sistem Torrens?
Kebaikan Sistem Torrens adalah seperti berikut:
Setiap orang yang memiliki tanah akan memegang suatu dokumen hakmilik yang jelas, dijamin oleh kerajaan. Dokumen hakmilik tersebut mengandungi maklumat mengenai segala syarat dan kepentingan yang melibatkan tanah tersebut.
Setiap orang boleh memperniagakan tanah secara pendaftaran memorandum stereotaip dengan mudah tanpa memerlukan carian yang rumit dan mahal menerusi dokumen-dokumen yang dahulu.
Hakmilik tanah itu dan hak-hak semua orang yang memegang pajakan atau gadaian tidak boleh disangkal.
Pengurusan Tanah
Apakah sistem pengurusan tanah yang digunakan di Malaysia?
Sistem pengurusan tanah yang digunakan di Malaysia ialah Sistem Torrens. Sistem ini berasal dari Australia Selatan. Sistem ini dinamakan sempena nama Sir Robert Torrens yang memperkenalkannya di Australia Selatan pada tahun 1858.
Pengurusan Tanah
Bilakah Kanun Tanah Negara dikuatkuasakan?
Kanun Tanah Negara 1965 mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1966 (melalui L.N. 474/1965) di semua negeri di Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak menggunakan undang-undang tanahnya sendiri. Penggunaan Kanun Tanah Negara 1965 telah mengakibatkan beberapa undang-undang tanah yang berkuatkuasa sebelum 1 Januari 1966 dimansuhkan. Senarai undang-undang yang terpaksa dimansuhkan terdapat dalam Jadual Ke Sebelas Kanun Tanah Negara.
Pengurusan Tanah
Selain daripada Kanun Tanah Negara, adakah terdapat undang-undang lain berkaitan tanah yang digunakan di Malaysia?
Kanun Tanah Negara merupakan undang-undang tanah yang utama bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun terdapat undang-undang lain yang diguna dalam pengurusan tanah.
Antaranya ialah:
Akta Pengambilan Tanah, 1960
Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960
Akta (Pembahagian) Pusaka Kecil, 1955
Enakmen Rizab Melayu
Pengurusan Tanah
Urusan pindahmilik tanah tanpa menggunakan khidmat peguam?
Semua urusan pindahmilik tanah boleh dibuat tanpa menggunakan peguam. Ianya adalah bergantung kepada persetujuan di antara penjual, pembeli dan juga pihak bank yang mengeluarkan pinjaman.
Bagi pindahmilik yang dibuat tanpa balasan (pemberian secara kasih sayang) seperti dari suami kepada isteri, ayah kepada anak atau ibu kepada anak, urusan penyaksian iaitu menandatangani borang pindahmilik (borang 14A) boleh dibuat dihadapan pendaftar hakmilik/pentadbir tanah iaitu dengan percuma dan selepas itu berurusan dengan LHDN / JPPH bagi urusan penilaian tanah bagi tujuan penentuan duti setem yang perlu dibayar. Setelah duti setem dibayar, perserahan boleh dibuat di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian ( bagi hakmilik daftar) / Pejabat Tanah (bagi hakmilik pejabat tanah) iaitu di mana tanah itu terdapat.
Selain dari itu pindahmilik yang pembayarannya boleh dibuat secara tunai, juga boleh dibuat tanpa menerusi peguam. Jika pindahmilik yang pembayarannya dibuat melalui pinjaman, kebiasaannya bank meminta ianya dibuat menerusi peguam.
Konsep Pembangunan Berbilang Tingkat dan Pemilikan Strata
Apakah yang dimaksudkan sebagai “Skim Strata”?
Skim strata adalah sejenis pembangunan di mana bangunan berbilang tingkat dan/atau tanah yang dipecah bahagikan kepada unit-unit atau petak-petak, petak-petak aksesori dan harta bersama, dalam satu lot tanah yang sama.
Bangunan berstrata dibina untuk tujuan kediaman, komersial (perniagaan, pejabat dan sebagainya) atau bercampur. Contoh-contoh skim strata adalah seperti berikut:
Kediaman
Pangsapuri, Kondominium, Rumah Bandar, Petak Tanah (komuniti berpagar)
Komersial
Kedai, Pejabat, Pusat Membeli Belah, Pangsapuri Servis
Konsep Pembangunan Berbilang Tingkat dan Pemilikan Strata
Apakah itu hakmilik strata?
Hakmilik strata adalah dokumen hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri bagi setiap unit (petak) dalam skim strata.
Bangunan Khas
Apakah yang dimaksudkan dengan “bangunan khas”?
Bangunan khas merupakan mana-mana bangunan yang diduduki sebelum Jun 1996, atau dari Jun 1996 sehingga 11 April 2007, yang diklasifikasikan sebagai bangunan khas oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Bangunan khas biasanya tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation - CFO)/ Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan [Certificate of Completion and Compliance - CCC) dan pelan bangunan di mana tidak mematuhi syarat permohonan hakmilik strata yang ditetapkan mengikut Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318).
Bangunan Khas
Apakah inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membolehkan hakmilik strata dikeluarkan untuk bangunan khas?
Inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membantu permohonan hakmilik strata untuk bangunan khas adalah:
penambahbaikan dari aspek perundangan :
memperuntukkan tafsiran “bangunan khas” di dalam Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] bagi bangunan bertingkat lama yang diduduki sebelum Jun 1996, atau dari Jun 1996 sehingga 11 April 2007; dan
menambahbaik peruntukan mengenai permohonan hakmilik strata di dalam Akta 318 dengan mengecualikan dokumen tertentu bagi permohonan hakmilik strata yang melibatkan bangunan khas.
penubuhan Kumpulan Wang Amanah Tabung Khas Hakmilik Strata yang menyediakan dana untuk membiayai kos permohonan hakmilik strata bagi bangunan khas. Permohonan boleh dikemukakan kepada Kumpulan Wang Amanah Tabung Khas melalui sistem MyLand.
Tanggungjawab Pemilik Petak
Adakah hakmilik strata yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri selepas kelulusan permohonan hakmilik strata didaftarkan atas nama pembeli petak?
Tidak. Hakmilik strata yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri selepas kelulusan permohonan hakmilik strata akan didaftarkan atas nama pemilik tanah atau pemaju (jika pemaju adalah pemilik tanah) sebagai pihak yang memiliki tanah yang memohon hakmilik strata.
Tanggungjawab Pemilik Petak
Apakah yang perlu dibuat oleh pembeli petak untuk memastikan hakmilik strata yang didaftarkan atas nama pemaju (sebagai pemilik tanah) ditukar kepada nama pembeli petak?
Selepas hakmilik strata didaftarkan dan dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri atau Pejabat Tanah Daerah (mengikut jenis hakmilik) atas nama pemaju (sebagai pemilik tanah), pemilik tanah/pemaju dan pembeli petak hendaklah menyempurnakan pindah milik melalui Borang 14A Kanun Tanah Negara untuk menukar nama pemilik tanah/ pemaju kepada nama pembeli sebagai pemilik petak yang didaftarkan atas dokumen hakmilik strata setelah menerima notis daripada pemaju. Urusan pindah milik boleh merujuk kepada peguamcara yang dilantik.
Tanggungjawab Pemilik Petak
Apakah kepentingan pindah milik?
Penyempurnaan pindah milik oleh pemaju dan pembeli membolehkan nama pembeli didaftarkan sebagai pemilik petak dalam dokumen hakmilik strata yang dikeluarkan bagi petak yang dibeli dan dimiliki olehnya. Pendaftaran ini membuktikan pemilikan mutlak pembeli ke atas petaknya dan memperuntukkan kuasa kepada pembeli ke atas semua urusan pemilikan berkaitan petaknya.
Apabila satu per empat (¼) daripada jumlah unit syer yang diumpukkan bagi sesuatu skim strata telah melaksanakan pindah milik, pemaju perlu memanggil Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Perbadanan Pengurusan dan ahli jawatankuasa bagi Perbadanan Pengurusan boleh dilantik dari kalangan pemilik petak. Dengan itu, pemilik petak dapat mengurus dan mengawal skim strata tanpa penglibatan pemaju.
Tanggungjawab Pemilik Petak
Apakah tanggungjawab pemilik petak?
Pemilik petak perlu menjelaskan caj pengurusan kepada Perbadanan Pengurusan, cukai petak* kepada Pejabat Tanah dan cukai taksiran kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Bagi negeri yang belum melaksanakan cukai petak, cukai tanah dikenakan atas hakmilik induk (master title) dan pemilik petak perlu menjelaskan bahagiannya bagi cukai tanah kepada Perbadanan Pengurusan yang bertanggungjawab membayar cukai tanah tersebut.
Tanggungjawab pemilik petak untuk membayar cukai petak diperuntukkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 manakala tanggungjawab membayar caj pengurusan diperuntukkan di bawah Akta Pengurusan Strata 2015 dan tanggungjawab membayar cukai taksiran pula di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Tanggungjawab Pemilik Petak
Apakah kesan jika pemilik petak tidak membayar cukai petak?
Jika pemilik petak tidak membayar cukai petak bagi petak yang dimilikinya, petak berkenaan boleh dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
Tanggungjawab Pemilik Petak
Bagaimanakah pemilik petak boleh menyemak urusan cukai petak dan bayaran cukai?
Pemilik petak boleh menyemak urusan cukai petak dan bayaran cukai seperti berikut:
Semakan Cukai Petak Semakan cukai petak boleh dilaksanakan di portal e-hasil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri/hadir ke mana-mana kaunter hasil Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) seluruh negeri atau di kaunter hasil PTG Negeri untuk mendapatkan bil.
Untuk semakan dan bayaran cukai petak, maklumat berikut diperlukan:
No. Akaun Cukai Petak (tertera di dalam salinan bil cukai petak); atau
Maklumat Hakmilik (No. Hakmilik, No. Lot, No. Petak, Mukim).
Bayaran Cukai Petak Bil cukai petak akan dikeluarkan oleh PTG/PTD atas nama pemilik petak sebagaimana yang didaftarkan dalam dokumen hakmilik strata. Setelah menerima bil cukai petak, maka bayaran tersebut boleh dijelaskan di PTG/PTD di mana hartanah tersebut terletak atau apa-apa cara pembayaran yang telah disediakan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Bagi Pejabat Tanah yang tidak lagi mengeluarkan bil, semakan boleh dilaksanakan melalui portal Pejabat Tanah.
Tanggungjawab Pemilik Petak
Bolehkah pindaan dibuat ke atas syarat nyata petak oleh pemilik petak dan kenapa?
Tidak boleh kerana syarat nyata petak yang menunjukkan kegunaan petak digambarkan melalui umpukan unit syer dan pengiraan bagi menentukan cukai petak. Di samping itu, ia turut tertakluk kepada syarat nyata bagi hakmilik tanah induk.
Tanggungjawab Pemilik Petak
Bolehkah pemilik petak mencantumkan petak-petak strata yang dimilikinya?
Boleh sekiranya petak-petak tersebut berdampingan dan setiap petak tersebut sekurang-kurangnya berkongsi satu sempadan seperti lantai/siling/dinding dengan syarat kesemua petak dimiliki oleh orang atau badan yang sama. Satu hakmilik strata baharu akan dikeluarkan bagi petak-petak yang telah dicantumkan.
Apabila dibuat percantuman, bilangan unit syer bagi petak baharu hendaklah sama banyak dengan jumlah bilangan unit syer bagi petak-petak yang disatukan.
Tanggungjawab Pemilik Petak
Bolehkah pemilik petak memecahkan petak strata yang dimilikinya?
Pemilik petak boleh memohon untuk memecahkan petak kepada dua petak atau lebih, di mana setiap satunya akan dikeluarkan dengan hakmilik strata yang berasingan.
Apabila dibuat pecahan petak, bilangan unit syer setiap petak hendaklah sama dengan bilangan unit syer bagi petak yang dipecahkan itu.
Pengurusan Skim Strata
Apakah perbezaan di antara Akta Hakmilik Strata 1985 dengan Akta Pengurusan Strata 2013?
Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) adalah perundangan berkaitan permohonan dan pemilikan strata dan perkara yang berkaitan termasuk cukai petak.
Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) merupakan perundangan yang berkaitan dengan hal-hal pengurusan strata termasuk tanggungjawab dan peranan Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC) serta penubuhan Tribunal Pengurusan Strata.
Pengurusan Skim Strata
Apakah itu Perbadanan Pengurusan?
Perbadanan Pengurusan merupakan satu pertubuhan yang terdiri daripada semua pemilik petak yang wujud setelah buku daftar strata dibuka bagi menjalankan tanggungjawab dan tugas berhubung pengurusan skim strata. Perbadanan Pengurusan hendaklah kekal turun-temurun serta boleh mendakwa dan didakwa. Perbadanan Pengurusan turut merupakan pemilik kepada harta bersama.
Pengurusan Skim Strata
Apakah kesan apabila buku daftar strata telah dibuka?
Apabila buku daftar strata dibuka, hakmilik strata akan didaftarkan dan perbadanan pengurusan akan tertubuh secara automatik. Hakmilik strata tersebut akan didaftarkan atas nama pemilik tanah asal/pemaju. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab pemilik tanah asal/pemaju untuk memindahmilik hakmilik strata tersebut kepada pembeli-pembeli petak menggunakan Borang 14A Kanun Tanah Negara. Perbadanan pengurusan yang tertubuh akibat pembukaan buku daftar strata akan dianggotai oleh pemilik tanah asal/pemaju sehingga pindahmilik hakmilik strata mencapai ¼ unit syer dari keseluruhan unit syer di dalam sesebuah skim. Sekiranya ¼ unit syer ini telah dipenuhi, pemilik tanah asal/pemaju boleh menyerahkan tanggungjawab sebagai perbadanan pengurusan kepada pembeli-pembeli petak melalui mesyuarat agung kali pertama perbadanan pengurusan tersebut. Pengendalian Perbadanan Pengurusan dikawal di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] yang diselia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Pengurusan Skim Strata
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pemilik petak jika berlaku sebarang pertikaian atau timbul sebarang aduan/ pertanyaan mengenai pengurusan skim strata?
Bagi sebarang aduan/pertanyaan mengenai pengurusan skim strata, pemilik petak perlu merujuk kepada Pesuruhjaya Bangunan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengikut lokasi di mana hartanah tersebut terletak manakala sebarang pertikaian pengurusan hendaklah dibuat kepada Tribunal Pengurusan Strata yang ditubuhkan melalui Akta Pengurusan Strata 2013 di bawah Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Pusaka
Apakah yang dimaksudkan dengan Harta Pusaka Kecil?
Harta Pusaka Kecil merupakan harta peninggalan si mati yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Harta si mati terdiri daripada:
Harta Alih sahaja atau;
Harta Tak Alih Sahaja atau;
Harta Alih bersama Harta Tak Alih
Jumlah nilaian keseluruhan harta si mati tidak melebihi RM5 juta pada tarikh permohonan dibuat.
Si mati tidak ada meninggalkan Wasiat (Will) bagi si mati yang bukan Islam
Pusaka
Apakah yang dimaksudkan dengan harta tak alih dan harta alih?
Harta tak alih adalah seperti tanah dan rumah. Manakala harta alih adalah seperti wang simpanan, saham dan kenderaan.
Pusaka
Siapa yang boleh membuat permohonan?
Antara pihak yang boleh membuat permohonan pembahagian pusaka adalah seperti berikut:
Waris si mati (benefisiari si mati) seperti pasangan (suami/isteri), anak lelaki/perempuan atau ibu dan bapa si mati.
Pemiutang (creditor) atau Pengkaveat
Pembeli di bawah suatu Perjanjian Jual beli yang sah
Pemegang gadaian, pemegang serah hak tau pemegang pajakan tanah si mati
Amanah Raya Berhad
Majlis Agama Islam Negeri (tertakluk kepada pewartaan enakmen setiap negeri)
Pusaka
Bagaimana cara untuk membuat permohonan pembahagian pusaka kecil?
Permohonan pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat secara dalam talian dengan melayari portal www.jkptg.gov.my dan klik kepada JKPTG Online pada capaian Orang Awam dan pilih Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil dan klik pada Pengguna Awam atau terus ke pautan www.myland.gov.my. Sila pilih daftar akaun baru pada sistem MyLAND sebelum boleh memulakan pengisian permohonan.
Pusaka
Apakah yang dimaksudkan dengan Permohonan Baru (Borang A-Seksyen 8) dan Permohonan Berikutnya (Borang P-Seksyen 17)?
Permohonan Baru adalah permohonan pembahagian harta pusaka si mati yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Manakala Permohonan Berikutnya adalah permohonan bagi harta ketinggalan yang tidak dimasukkan dalam permohonan terdahulu yang telah selesai, pembatalan Pentadbir/Pemegang Amanah, permohonan mendapatkan Perintah Kebenaran Menjual
Pusaka
Apakah dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat Permohonan Baru (Borang A – Seksyen 8) pembahagian pusaka kecil?
Dokumen yang diperlukan untuk membuat Permohonan Baharu adalah seperti berikut:-
Salinan Sijil Kematian
Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Waris (salinan muka hadapan dan belakang) dan salinan Kad Pengenalan /Sijil Kelahiran bagi waris yang berumur kurang dari 18 tahun.
Salinan Sijil Perkahwinan atau Daftar Perkahwinan simati.
Salinan Hakmilik / Geran bagi harta tak alih yang dituntut jika ada Hakmilik / Geran; atau;Salinan Surat Perjanjian Jual Beli harta tak alih yang dituntut atau Daftar Pegangan (Registry of Holding) jika harta tersebut masih belum mempunyai Hakmilik / Geran.
Salinan Carian Rasmi yang dibeli dari Pejabat Tanah Daerah bagi hakmilik HSM/GM/PM atau Pejabat Tanah Galian Negeri (PTG) bagi hakmilik HSD/GRN/PN.
Salinan Bil / Resit Cukai Pintu (Taksiran) jika berkaitan.
Salinan dokumen-dokumen yang terkini berkaitan dengan pemilikan harta alih simati seperti penyata akaun simpanan, sijil saham, takaful, hakmilik kenderaan dan lain-lain (jika ada).
Apakah dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat Permohonan Berikutnya (Borang P – Seksyen 17) pembahagian pusaka kecil?
Dokumen yang diperlukan untuk Permohonan Berikutnya adalah seperti berikut:-
Borang P yang lengkap diisi.
Salinan perintah terdahulu.
Jika Permohonan Berikutnya adalah bagi tujuan:
Harta Tak Alih yang ketinggalan
Salinan Hakmilik / Geran bagi harta tak alih yang dituntut atau Salinan Surat Perjanjian Jual Beli harta tak alih yang dituntut jika harta tersebut masih belum mempunyai Hakmilik / Geran; dan
Salinan Carian Rasmi yang dibeli dari Pejabat Tanah Daerah bagi hakmilik HSM/GM/PM atau Pejabat Tanah Galian Negeri (PTG) bagi hakmilik HSD/GRN/PN.
Salinan Bil / Resit Cukai Pintu (Taksiran) jika berkaitan.
Harta Alih yang ketinggalan
Salinan dokumen harta alih tersebut (penyata akaun simpanan, sijil saham, takaful, geran kenderaan dan lain-lain)
Salinan Hakmilik / Geran atau Carian Rasmi yang telah didaftarkan nama Pentadbir / Pemegang Amanah
Pusaka
Dimanakah permohonan pembahagian pusaka boleh dihantar?
Permohonan pembahagian pusaka yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar secara dalam talian mengikut pilihan Pejabat Pembahagian Pusaka yang tertera dalam Pengesahan Permohonan berdasarkan kedudukan harta si mati seperti berikut:
Jika permohonan melibatakan harta alih sahaja atau harta tak alih sahaja, maka permohonan boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Pembahagian Pusaka di negeri mana harta si mati tersebut berada
Jika permohonan melibatkan harta alih bersama harta tak alih, maka permohonan boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Pembahagian Pusaka di negeri mana harta tak alih si mati tersebut berada
Pusaka
Bagaimanakah cara untuk saya mengemaskini maklumat permohonan dalam talian yang telah dihantar?
Permohonan yang telah dihantar secara dalam talian tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, pihak tuan/puan dinasihatkan membuat pemakluman tentang pindaan/tambahan tersebut melalui surat rasmi ke Pejabat Pembahagian Pusaka yang berkenaan dengan melampirkan dokumen yang berkaitan.
Pusaka
Apakah yang dimaksudkan dengan Bahagian Si mati?
Maksud bahagian si mati adalah merujuk kepada pecahan bahagian si mati yang dinyatakan dalam dokumen atau hakmilik simati tersebut. Jika harta tersebut adalah milik si mati seorang, maka bahagian si mati adalah 1/1 bahagian dan jika berkongsi dengan orang lain, maka bahagian simati adalah seperti yang tercatat dalam dokumen atau geran tersebut pada bahagian nama pemilik.
Pusaka
Apakah yang dimaksudkan dengan Orang Berkepentingan?
Orang Berkepentingan adalah orang yang mempunyai kepentingan atas harta pusaka si mati selain daripada waris yang berhak seperti pengkaveat, pembeli, penerima wasiat dan penerima hibah
Pusaka
Berapa lamakah tempoh penyelesaian pembahagian pusaka kecil?
Tempoh penyelesaian pembahagian pusaka kecil adalah 4 hingga 6 bulan sahaja dari tarikh permohonan dibuat. Walaubagaimanapun tempoh ini akan menjadi lebih panjang bagi Pejabat Pembahagian Pusaka yang mempunyai penerimaan dan tunggakan kes yang banyak.
Pusaka
Bagaimanakah Notis Bicara disampaikan?
Notis Bicara (Borang D/Borang S) akan disampaikan kepada Pempetsiyen/Pemohon melalui alamat e-mel yang didaftarkan dalam permohonan. Notis perbicaraan juga boleh disemak dan dicetak melalui sistem MyLAND apabila Notis Perbicaraan telah dikeluarkan.
Pusaka
Apakah tujuan perbicaraan diadakan?
Tujuan perbicaraan diadakan adalah untuk menentukan kesahihan harta-harta si mati, menyiasat kedudukan waris-waris si mati yang berhak dan menentukan cara pembahagian harta pusaka si mati.
Pusaka
Bagaimanakah harta pusaka si mati dibahagikan?
Harta Pusaka si mati bagi orang Islam akan dibahagikan mengikut hukum Faraid. Manakala bagi orang bukan Islam, pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958. Walaubagaimanapun pembahagian secara samarata atau muafakat boleh dibuat sekiranya semua waris yang berhak bersetuju dengan cara pembahagiannya.
Pusaka
Adakah semua waris dikehendaki hadir ke perbicaraan?
Pempetisyen/Pemohon adalah wajib untuk menghadiri perbicaraan bersama seorang lagi waris yang berhak. Waris-waris lain yang tidak hadir atau tidak boleh hadir perbicaraan hendaklah mengemukakan Surat Persetujuan (Borang DDA) yang boleh dimuat turun melalui laman portal jabatan.
Pusaka
Adakah waris yang belum dewasa (bawah 18 tahun) atau yang tidak sempurna akal perlu menghadiri perbicaraan?
Waris yang belum mencapai umur 18 tahun atau yang tidak sempurna akal tidak perlu menghadiri perbicaraan tetapi Penjaganya hendaklah hadir untuk memberikan keterangan bagi pihaknya.
Pusaka
Siapakah yang dimaksudkan dengan Saksi Bebas?
Saksi bebas ialah orang yang mengenali diri si mati yang tidak mempunyai pertalian saudara yang dekat serta bukan di kalangan waris yang berhak menerima harta pusaka si mati tersebut.
Pusaka
Berapakah fi atau bayaran yang dikenakan?
Bayaran yang dikenakan adalah bayaran Fi Perintah tertakluk kepada Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Harta Pusaka Kecil 1955. Secara ringkasnya jika jumlah nilaian harta si mati keseluruhannya di bawah RM2 juta, maka bayarannya adalah 0.2% dari nilaian tersebut. (Contoh: Jika harta si mati bernilai RM100,000.00, maka jumlah bayaran Perintah yang dikenakan adalah RM200.00 sahaja). Jika nilaian harta si mati berjumlah RM2,000,001.00 hingga RM5,000,000.00, maka bayarannya adalah 0.3% dari nilaian tersebut.
Pusaka
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya Perintah atau Surat Kuasa Mentadbir telah diperolehi?
Setelah Perintah Pembahagian atau Surat Kuasa Mentadbir (Borang E/F/T/HH) diperolehi, tuan/puan hendaklah mengemukakannya bersama geran/hakmilik asal ke Pejabat Tanah untuk tujuan pendaftaran perintah pembahagian harta tak alih tersebut. Bagi harta alih pula, tuan/puan hendaklah mengemukakannya ke agensi-agensi yang berkaitan atau yang bertanggungjawab ke atas harta alih tersebut.
Pusaka
Mengapa Permohonan Pusaka perlu disegerakan?
Mengelakkan bilangan waris bertambah ramai akibat kematian yang berlapis
Memudahkan proses pembahagian dibuat
Membolehkan harta si mati dimanfaatkan oleh pihak waris
Mengelakkan harta si mati menjadi beku dan terbiar
Mengelakkan wang simpanan si mati dipindahkan ke Pendaftar Wang Tak Dituntut
Pusaka
Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Pejabat Pembahagian Pusaka?
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan pembahagian pusaka boleh hubungi Pusat Pertanyaan Pusaka di talian 03-8871 2999 atau pertanyaan melalui Sistem MyLAND (www.myland.gov.my).
Pengambilan Tanah
Apakah prosedur untuk Kementerian Jabatan Pengguna (KJP) selaku pihak yang memohon pengambilan tanah mengemukakan permohonan pengambilan tanah?
Prosedur pengambilan tanah oleh KJP meliputi perkara-perkara berikut: