Bagaimana hendak SEWA?
Pemohon perlu mengenal pasti rekod pemilikan tanah. Hanya TANAH MILIK Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) yang boleh disewa;
Semakan boleh dibuat di Pejabat Tanah dan Galian Negeri/ Pejabat Tanah Daerah/ Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan.
Borang yang perlu diisi
Maklumat yang perlu disertakan bersama semasa permohonan penyewaan melalui MyLand
Tanggungjawab Penyewa
Semak akaun MyLand dan menjawab Surat Setuju Terima (SST) dalam masa 14 hari dan memuat naik SST dalam MyLand;
Membuat bayaran 3 bulan deposit sewa dan 1 bulan sewa bulan pertama di Ibu Pejabat JKPTG Putrajaya; dan
Bagi Penyewa yang mendapat pengeculian bayaran 6 Bulan pertama – penyewa perlu mendapatkan kelulusan Perancangan dan Pelan Bangunan daripada pihak berkuasa Tempatan. Penyewa perlu menyimpan bukti penghantaran permohonan Perancangan dan Pelan Bangunan.
Perjanjian
Melengkapkan dan menandatangi perjanjian dalam masa 30 hari setelah selesai bayaran deposit
Tamat SEWA
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut sila hubungi Pejabat JKPTG Negeri-Negeri yang berkenaan
Alamat dan No telefon Pejabat JKPTG Negeri-Negeri boleh didapati di www.jkptg.gov.my.