No. 1
Memproses dan mengeluarkan surat keputusan permohonan sewaan tanah Persekutuan kepada pemohon dalam tempoh 60 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
No. 2
Memproses permohonan pajakan Tanah Persekutuan (bagi kategori bukan penswastaan) hingga peringkat mengemukakan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) kepada Kementerian dalam tempoh 90 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
No. 3
Memproses dan mengemukakan permohonan lesen di bawah Akta Pelantar Benua 1966 kepada Kementerian dalam tempoh 60 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
No. 4
Memaklumkan tempoh perbicaraan pembahagian pusaka kepada pempetisyen/ pemohon melalui emel dalam tempoh 30 hari dari permohonan diterima.
No. 5
Mengeluarkan Perintah Pembahagian Pusaka (Borang E/F/T) dalam tempoh 30 hari dari tarikh perbicaraan diadakan dan keputusan bicara dimuktamadkan.
No. 6
Memastikan pembayaran bil yang diterima lengkap diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja.
No. 7
Memastikan ketersediaan perkhidmatan online melalui Sistem MyLAND dan portal JKPTG pada tahap 97%
No. 8
Mengemukakan maklum balas awal dan akuan penerimaan bagi aduan yang diterima daripada pengadu dalam tempoh 3 hari bekerja.