Pejabat Pembahagian Pusaka (PPP) Pasir Mas akan ditutup. Sehubungan itu, berkuat kuasa mulai 3 Januari 2027 semua permohonan pembahagian pusaka yang telah difailkan di PPP Pasir Mas akan dipindahkan dan dikendalikan oleh Pejabat Pembahagian Pusaka (PPP) Tanah Merah di alamat berikut:
Pejabat Pembahagian Pusaka Tanah Merah
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Kelantan
Tingkat Bawah dan Tingkat 1 (Satu),
Taman Kota Harmoni,
17500 Tanah Merah,
Kelantan
No. Tel : 09-9546600
E-mel : pusakatm@jkptg.gov.my
Article Date
Makluman Penutupan Pejabat Pembahagian Pusaka (PPP) Pasir Mas
Last updated: