Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT5 Siri 2 Tahun 2026 & Pegawai Tadbir N9 Siri 1 Tahun 2026 JKPTG Persekutuan

Dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Modal Insan (UPMI), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) akan mengadakan Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT5 Siri 2 Tahun 2026 & Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Pegawai Tadbir N9 Siri 1 Tahun 2026 seperti ketetapan berikut:

Tajuk     : Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Penolong Pegawai Tanah Gred NT5 Siri 2 Tahun 2026 & Peperiksaan Perkhidmatan (Subjek Jabatan) Pegawai Tadbir N9 Siri Tahun 2026

Tempat : Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Putrajaya, Presint 4, W. P. Putrajaya

Tarikh   : Dimaklumkan Kemudian

Permohonan ini dibuka bermula 26 Jun 2026 (Jumaat) hingga 24 Julai 2026 (Jumaat) dan boleh dihantar terus kepada urus setia peperiksaan Encik Nofarik Bin Safari (farik@jkptg.gov.my) unit UPMI (upmi@jkptg.gov.my). Bersama-sama ini disertakan Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan dan Sukatan Peperiksaan dipautan berikut DISINI

Last updated: