Carian pantas

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Duti Setem Yang Dikenakan Kepada Sesuatu Gadaian Untuk Menjamin Suratcara Sekuriti Tanpa Had (Unlimited Securities) (Disemak 2009)

Tujuan

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai duti setem tambahan yang dikenakan ke atas sesuatu gadaian menjamin bayaran wang pendahuluan dalam kira-kira terbuka dalam keadaan-keadaan seperti yang dimaksudkan oleh subseksyen 246(2) Kanun Tanah Negara.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 22/1980PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Syarat-syarat Pemberimilikan Tanah Yang Dikenakan Ke Atas Tanah-tanah Yang Dimajukan Oleh Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah (Disemak 2007)

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat dan memberikan garis panduan kepada Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai syarat-syarat pemberimilikan tanah yang dikenakan ke atas tanah-tanah yang dimajukan oleh Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah (LKW).

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1991PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Pecah Bahagian Bagi Tanah Berimilik Yang Tertakluk Kepada Jenis/Kategori “Pertanian” Atau Kepada Syarat Yang Menghendaki Kegunaannya Untuk Maksud “Pertanian” Yang Berkeluasan 2/5 Hektar Atau Kurang.

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tatacara permohonan pecah bahagian tanah berimilik yang tertakluk kepada kategori “pertanian” atau kepada syarat yang menghendaki kegunaannya untuk maksud “pertanian” yang berkeluasan 2/5 hektar (1/5 hektar bagi negeri Kelantan) atau kurang berikutan berkuat kuasanya Akta Kanun Tanah Negara (KTN) (Pindaan) 2008 [Akta A1333] pada 1 Januari 2009.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/2009PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Memasuki Tanah Milik Untuk Talian Bekalan Elektrik

Tujuan

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk memasuki tanah milik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau mana-mana pemegang lesen di bawah seksyen 9, Akta Bekalan Elektrik, 1990 (Akta 447) kerana memasang talian elektrik voltan tinggi dan rendah di atas atau bawah tanah yang melibatkan aspek berikut:–

  1. Hak TNB sebagai pemegang lesen untuk memasuki, membuat kerja dan hak laluan talian elektrik di atas atau bawah tanah milik di bawah seksyen 11(1) Akta Bekalan Elektrik, 1990 (Akta 447);
  2. Bayaran pampasan bagi kerugian terhadap tanaman, bangunan dan tanah yang terlibat dengan talian elektrik di bawah seksyen 16 Akta yang sama.
Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/1999PDF
Muat Turun
Tarikh kemas kini: