Kuasa Memulakan Pendakwaan Mengikut Seksyen 429A Kanun Tanah Negara
Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai kuasa untuk memulakan pendakwaan di bawah seksyen 429A Kanun Tanah Negara (KTN) berikutan berkuat kuasanya Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] pada 1 Januari 2009
Lihat Dokumen
Duti Setem Yang Dikenakan Kepada Sesuatu Gadaian Untuk Menjamin Suratcara Sekuriti Tanpa Had (Unlimited Securities) (Disemak 2009)
Tujuan
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai duti setem tambahan yang dikenakan ke atas sesuatu gadaian menjamin bayaran wang pendahuluan dalam kira-kira terbuka dalam keadaan-keadaan seperti yang dimaksudkan oleh subseksyen 246(2) Kanun Tanah Negara.
Lihat Dokumen
Syarat-syarat Pemberimilikan Tanah Yang Dikenakan Ke Atas Tanah-tanah Yang Dimajukan Oleh Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah (Disemak 2007)
Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat dan memberikan garis panduan kepada Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai syarat-syarat pemberimilikan tanah yang dikenakan ke atas tanah-tanah yang dimajukan oleh Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah (LKW).
Lihat Dokumen
Pecah Bahagian Bagi Tanah Berimilik Yang Tertakluk Kepada Jenis/Kategori “Pertanian” Atau Kepada Syarat Yang Menghendaki Kegunaannya Untuk Maksud “Pertanian” Yang Berkeluasan 2/5 Hektar Atau Kurang.
Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tatacara permohonan pecah bahagian tanah berimilik yang tertakluk kepada kategori “pertanian” atau kepada syarat yang menghendaki kegunaannya untuk maksud “pertanian” yang berkeluasan 2/5 hektar (1/5 hektar bagi negeri Kelantan) atau kurang berikutan berkuat kuasanya Akta Kanun Tanah Negara (KTN) (Pindaan) 2008 [Akta A1333] pada 1 Januari 2009.
Lihat Dokumen