Panduan SOP : Penyerahan Balik Dan Pelepasan Tanah

Permohonan Penyerahan Balik Dan Pelepasan Tanah

Tanah-Tanah Yang Boleh Dipohon Pelepasan/Penyerahanbalik :-

Tanah Milik Persekutuan Di Bawah Fasal 86 Perlembagaan Persekutuan.

Tanah Rizab Persekutuan Di Bawah Fasal 85 Perlembagaan Persekutuan.

 

Permohonan pelepasan/penyerahbalik hendaklah dibuat oleh pentadbir tanah yang berkenaan.

Cara Hendak Memohon

  1. Gunakan Borang Di Dalam Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Bilangan 2/2015. Borang Hendaklah Ditandatangani Oleh Pentadbir Tanah Berkenaan.
  2. Sertakan Pelan Berlorek Kawasan Yang Dipohon Pelepasan/Penyerahanbalik.
  3. Sertakan Laporan Penilaian Tanah Bagi Kawasan Yang Dipohon Pelepasan/Penyerahanbalik Daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta.
  4. Nyatakan Sama Ada Ianya Projek Negeri Atau Persekutuan (Sumber Pembiayaan).
  5. Nyatakan Sama Ada Terlibat Binaan/Bangunan/Pemajuan.
  6. Nyatakan Bilakah Tanah Hendak Dimasuki. Sekiranya Diperlukan Segera Satu Mesyuarat/Lawatan Tapak Boleh Diatur Untuk Perbincangan. Jika Difikirkan Wajar, Surat Kebenaran Memasuki Tapak Akan Diberikan Sementara Menunggu Kelulusan Pelepasan/Penyerahanbalik.
  7. Sekiranya Ada Ditawarkan Tanah Ganti, Hendaklah Disertakan Pelan Dan Laporan Penilaian Tanah Bersama-Sama Dengan Permohanan Pelepasan/Penyerahanbalik.
  8. Hantarkan Permohonan Yang Lengkap Kepada

Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan
Bahagian Penguatkuasa dan Hasil Persekutuan
Aras 2, Podium 1, Menara PETRA
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Emel Pegawai Untuk Dihubungi

nazrin[at]jkptg.gov.my
salwanshah[at]jkptg.gov.my
Tarikh kemas kini: