Informasi Kanun Tanah Negara

Latar belakang Kanun Tanah Negara

Kanun Tanah Negara (KTN) merupakan undang-undang tertinggi di Semenanjung Malaysia mengenai urusan pentadbiran tanah. Ia tidak terpakai di negeri Sabah dan Sarawak. Tiada apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa pelaksanaan lampau atau apa-apa yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang tanah terdahulu, setakat mana ianya mengenai tanah, peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang lain yang diluluskan sebelum bermulanya kuatkuasa Akta ini.

Kecuali setakat mana yang diperuntukan dengan nyata sebaliknya, tiada apa dalam Akta ini boleh menyentuh peruntukan-peruntukan:

  • Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai pemegang adat;

  • Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai rizab Melayu dan pemegangan Melayu.

  • Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai perlombongan.

  • Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai tanah kesultanan.

  • Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai wakaf dan bait-ul-mal.

  • Enakmen Penempatan Terengganu, 1356.

  • Akta Penanam Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan), 1967.

  • Akta Penempatan Tanah Kelantan, 1955.

  • Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.

  • Enakmen Penempatan Tanah Perlis 1960.

  • Mana-mana undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai pengecualian dari pembayaran hasil tanah.

Tarikh kemas kini: