Permohonan Serentak Bagi Pecah Sempadan Tanah Dan Pengubahan Syarat Bagi Petak-petak Tanah Di Bawah Seksyen 124A Kanun Tanah Negara 1965 (Disemak 2009)
Tujuan
Pekeliling ini bertujuan menasihati Pentadbir Tanah mengenai permohonan yang serentak bagi pecah sempadan tanah dan pengubahan syarat bagi petak-petak tanah di bawah seksyen 124A Kanun Tanah Negara.
Lihat Dokumen
Panduan Pelaksanaan Pelupusan Tanah Bawah Tanah Di Bawah Kanun Tanah Negara 1965
Tujuan
Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pendaftar-pendaftar dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai panduan pelaksanaan pelupusan tanah bawah tanah (disposal of underground land) menurut Kanun Tanah Negara 1965.
Lihat Dokumen
Kesilapan Penetapan Syarat-syarat Kelulusan Di Bawah Bahagian Sembilan Kanun Tanah Negara 1965 Berkenaan Permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian Dan Penyatuan Tanah (Disemak 2007)
Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil selepas kelulusan sesuatu permohonan untuk pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965.
Lihat Dokumen
Menahan Dua Puluh Lima Peratus (25%) Daripada Wang Pampasan Yang Patut Dibayar Kepada Orang Yang Berkepentingan Di Bawah Akta Pengambilan Tanah 1960
Tujuan
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai peruntukan-peruntukan seksyen 29A Akta Pengambilan Tanah 1960 berhubung dengan menahan dua puluh lima peratus (25%) daripada jumlah wang pampasan yang ditetapkan di dalam tiap-tiap kes di mana jumlah bagi sesuatu tanah itu melebihi RM15,000.00 (Ringgit Lima Belas Ribu).
Lihat Dokumen