Pengakusaksian Bagi Permohonan Memasukkan Kaveat Bagi Tanah Yang Tertakluk Kepada Sekatan Di Bawah Undang-undang Rizab Melayu Atau Tanah Adat Melaka
Tujuan
Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai siapa yang boleh mengakusaksikan permohonan untuk memasukkan kaveat di bawah Kanun Tanah Negara bagi tanah yang tertakluk kepada sekatan-sekatan di bawah undang-undang rizab Melayu atau tanah adat Melaka.
Lihat Dokumen
Bayaran Ukur Bagi Kerja-kerja Ukur Menurut Keperluan Seksyen 25(1) Akta Pengambilan Tanah, 1960 [Akta 486] (Disemak 2009)
Tujuan
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah berkenaan tuntutan bayaran upah ukur untuk kerja-kerja mengukur baki tanah selepas pengambilan tanah dilakukan, seperti yang dikehendaki di bawah subseksyen 25(1) Akta Pengambilan Tanah, 1960.
Lihat Dokumen
Penyampaian Ganti (Substituted Service) Notis Yang Dikeluarkan Oleh Pemegang Gadaian
Tujuan
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai penyampaian ganti (substituted service) bagi notis-notis yang dikeluarkan oleh pemegang gadaian.
Lihat Dokumen
Peraturan Dan Garis Panduan Ukur Bagi Pecah Bahagi Bangunan Untuk Pengeluaran Hakmilik Strata
Tujuan
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (KPUP) Bil. 3/2007 berhubung dengan pindaan kepada Pekeliling KPUP Bil. 3/2006 akibat daripada kuat kuasa Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2007.
Lihat Dokumen