Pelaksanaan Live Sistem MyeTaPP Versi 6

Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem MyeTaPP Versi 6 akan mula digunapakai oleh seluruh JKPTG bermula 9 Oktober 2017 (Isnin). Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Live Sistem MyeTaPP versi 6, perkara-perkara berikut perlu diambilkira :

Tarikh Cut off : 5 Oktober 2017 (Khamis) - dmp file akan dikumpulkan dalam temporary folder (bermula jam 7pm)
Import/Merging Data : 6,7,8 Oktober 2017 (Jumaat - Ahad)
Live : 9 Oktober 2017 (Isnin)
URL MyeTaPP V6 : http://myetapp.gov.my

Untuk makluman juga, Sistem MyeTaPP versi 5 akan ditutup capaian dan penggunaan bermula 5 Oktober 2017 (Khamis)  3.30 petang. Sistem MyeTaPP V6 boleh dicapai penggunaannya menggunakan URL http://myetapp.gov.my/ pada 9 Oktober 2017 (Isnin) jam 8.00 pagi.

Pengguna akan log masuk menggunakan username asal dan sistem akan meminta untuk kemasukan No. K/P bagi kegunaan single sign-on di masa hadapan. Bagi pengguna yang 
memiliki id lebih dari satu (id dalaman/id online/id kjp), tuan/puan perlu menghubungi pihak BPICT melalui email myetappaduan@jkptg.gov.my dan pihak kontraktor melalui email myetappsupport@si-protech.com.my untuk proses pengemaskinian. Selain itu, jika ada sebarang masalah atau ralat digalakkan supaya membuat aduan melalui modul Log Aduan.

Sebarang pertanyaan boleh kemukakan kepada pegawai BPICT JKPTG berikut:

  1. Pn. Kamarina Bt Mohd Zain kamarina@jkptg.gov.my (03-88861313)
  2. Encik Samsul B. Samsudin samsulsamsudin@jkptg.gov.my (03-88861349)
  3. Encik Mohd Hafiz B. Hussin hafiz@jkptg.gov.my (03-88861335) .

Sekian, Terima Kasih.

Tarikh kemas kini: