Carian pantas

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Permohonan Penyerahan Dan Pemberimilikan Semula Tanah Di Bawah Seksyen 204d Kanun Tanah Negara (Disemak 2009)

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan menasihati Pentadbir Tanah mengenai permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula tanah di bawah seksyen 204D Kanun Tanah Negara. Permohonan di bawah seksyen ini adalah merupakan satu alternatif tambahan yang boleh dipilih oleh tuan punya tanah apabila ingin memajukan tanah mereka terutamanya untuk projek perumahan. Alternatif-alternatif lain yang sedia ada ialah permohonan pecah sempadan; pengubahan syarat dan pecah sempadan; penyatuan dan pecah sempadan; pengubahan syarat, penyatuan dan pecah sempadan; dan permohonan serentak bagi pecah sempadan dan pengubahan syarat tanah. Pemilihan alternatif ini adalah terpulang kepada tuan punya tanah dan ia dijelaskan dalam seksyen 204A.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 8/1985PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Pengukuran Tanah oleh Juruukur Tanah Berlesen

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat semua Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir Tanah berhubung dengan urusan pengukuran tanah oleh Juruukur Tanah Berlesen (Licensed Land Surveyor).

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2008PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Maklumat Yang Perlu Dikemukakan Kepada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Untuk Permohonan Laporan Penilaian Bagi Maksud Pengambilan Tanah

Tujuan

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai maklumat yang perlu dikemukakan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) apabila memohon laporan penilaian daripada Jabatan tersebut.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/1999PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Pajakan Bagi Tanah Rizab

Tujuan

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pajakan bagi tanah rizab di bawah peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 atau undang-undang tanah yang terdahulu.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 17/2009PDF
Muat Turun
Tarikh kemas kini: