Panduan tindakan penguatkuasaan bagi kes-kes kegagalan memohon untuk memecah bahagi sesuatu bangunan mengikut peruntukan seksyen 8, akta hakmilik strata 1985.
Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir-Pentadbir Tanah tentang panduan tindakan pendakwaan bagi kes-kes kegagalan memohon untuk memecah bahagi sesuatu bangunan mengikut peruntukan Seksyen 8, Akta Hakmilik Strata 1985.
Lihat Dokumen
Panduan penubuhan Lembaga Hakmilik Strata di negeri-negeri.
Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada pengarah-pengarah Tanah dan Galian tentang penubuhan Lembaga Hakmilik Strata di negeri-negeri mengikut di negeri-negeri mengikut peruntukan di bawah Bahagian IXA, Akta Hakmilik Strata 1985.
Lihat Dokumen
Panduan permohonan pecah bahagian bangunan satu tingkat untuk pengeluaran hakmilik strata di dalam satu skim jika terdapat bangunan dua tingkat atau lebih yang dipecah bahagi mengikut peruntukan seksyen 6, akta hakmilik strata 1985.
Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian dan Pentadbir-Pentadbir Tanah tentang kekeliruan tafsiran Seksyen 6, Akta Hakmilik Strata 1985 berkenaan status bangunan satu tingkat bagi tujuan pecah bahagi bangunan untuk pengeluaran hakmilik strata di dalam satu skim jika terdapatnya bangunan atau bangunan-bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih di atas tanah.
Lihat Dokumen
Garis panduan permohonan pengambilan tanah bagi maksud awam oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Semenangjung Malaysia.
Tujuan
Tujuan Pekeliling ini adalah sebagai garis panduan khas kepada semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan mengenai tatacara memohon pengambilan tanah untuk maksud awam di bawah seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 di Semenanjung Malaysia.
Lihat Dokumen