PKPTG Bilangan 18/2022 – Merizabkan Tanah Dalam Kawasan Penempatan Berkelompok Selaras Dengan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530] Bagi Kegunaan Kerajaan Persekutuan
Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung keperluan perizaban mana-mana tanah kawasan penempatan berkelompok bagi tujuan kegunaan awarn bagi maksud Kerajaan Persekutuan selaras dengan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].
Lihat Dokumen
PKPTG Bilangan 20/2022 – Pendaftaran Dokumen Hakmilik Muktamad Bagi Tanah Pegangan Luar Bandar di Kawasan Penempatan Berkelompok Selaras dengan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530]
Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihati Pentadbir Tanah berhubung tindakan pendaftaran dokumen hak milik muktamad bagi tanah pegangan luar bandar dalam kawasan penempatan berkelompok yang diisytiharkan di bawah seksyen 4, 5 dan 6 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530].
Lihat Dokumen
Garis Panduan Penyeragaman Format Laporan Tanah Mengikut Urusan Permohonan Di Bawah Perundangan Berkaitan Tanah Dan Penggunaannya Di Semua Pentadbiran Tanah Di Semenanjung Malaysia
Tujuan
Garis Panduan ini bertujuan untuk menyediakan format laporan tanah yang seragam mengikut urusan permohonan di bawah perundangan berkaitan tanah dan penggunaannya di semua pentadbiran tanah di Semenanjung Malaysia. Dengan adanya format laporan tanah yang berkualiti dan seragam ini, insiden kekurangan atau ketidaktepatan maklumat boleh dielakkan. Ini seterusnya dapat memberikan maklumat yang betul kepada pihak-pihak berkuasa di pentadbiran tanah agar pertimbangan dan keputusan yang tepat dan terbaik boleh dibuat.
Lihat Dokumen
PEMBATALAN PELUCUTHAKAN DI BAWAH SEKSYEN 133 KANUN TANAH NEGARA [AKTA 828]
Tujuan
Tujuan Pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk menasihati Pentadbir Tanah dan Pendaftar mengenai prosedur membatalkan pelucuthakan tanah berimilik selaras dengan seksyen 133 Kanun Tanah Negara [Akta 828] akibat perintah Pentadbir Tanah di bawah seksyen 100 atau seksyen 129 Akta 828.
Lihat Dokumen