Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Pejabat Pembahagian Pusaka?

Answer

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan pembahagian pusaka boleh hubungi Pusat Pertanyaan Pusaka di talian 03-8871 2999 atau pertanyaan melalui Sistem MyLAND (www.myland.gov.my).

Sub-kategori

Mengapa Permohonan Pusaka perlu disegerakan?

Answer

  1. Mengelakkan bilangan waris bertambah ramai akibat kematian yang berlapis
  2. Memudahkan proses pembahagian dibuat
  3. Membolehkan harta si mati dimanfaatkan oleh pihak waris
  4. Mengelakkan harta si mati menjadi beku dan terbiar
  5. Mengelakkan wang simpanan si mati dipindahkan ke Pendaftar Wang Tak Dituntut

Sub-kategori

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya Perintah atau Surat Kuasa Mentadbir telah diperolehi?

Answer

Setelah Perintah Pembahagian atau Surat Kuasa Mentadbir (Borang E/F/T/HH) diperolehi, tuan/puan hendaklah mengemukakannya bersama geran/hakmilik  asal ke Pejabat Tanah untuk tujuan pendaftaran perintah pembahagian harta tak alih tersebut. Bagi harta alih pula, tuan/puan hendaklah mengemukakannya ke agensi-agensi yang berkaitan atau yang bertanggungjawab ke atas harta alih tersebut.

Sub-kategori

Berapakah fi atau bayaran yang dikenakan?

Answer

Bayaran yang dikenakan adalah bayaran Fi Perintah tertakluk kepada Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Harta Pusaka Kecil 1955. Secara ringkasnya jika jumlah nilaian harta si mati keseluruhannya di bawah RM2 juta, maka bayarannya adalah 0.2% dari nilaian tersebut. (Contoh: Jika harta si mati bernilai RM100,000.00, maka jumlah bayaran Perintah yang dikenakan adalah RM200.00 sahaja). Jika nilaian harta si mati berjumlah RM2,000,001.00 hingga RM5,000,000.00, maka bayarannya adalah 0.3% dari nilaian tersebut.

Sub-kategori

Siapakah yang dimaksudkan dengan Saksi Bebas?

Answer

Saksi bebas ialah orang yang mengenali diri si mati yang tidak mempunyai pertalian saudara yang dekat serta bukan di kalangan waris yang berhak menerima harta pusaka si mati tersebut.

Sub-kategori

Adakah waris yang belum dewasa (bawah 18 tahun) atau yang tidak sempurna akal perlu menghadiri perbicaraan?

Answer

Waris yang belum mencapai umur 18 tahun atau yang tidak sempurna akal tidak perlu menghadiri perbicaraan tetapi Penjaganya hendaklah hadir untuk memberikan keterangan bagi pihaknya.

Sub-kategori

Adakah semua waris dikehendaki hadir ke perbicaraan?

Answer

Pempetisyen/Pemohon adalah wajib untuk menghadiri perbicaraan bersama seorang lagi waris yang berhak. Waris-waris lain yang tidak hadir atau tidak boleh hadir perbicaraan hendaklah mengemukakan Surat Persetujuan (Borang DDA) yang boleh dimuat turun melalui laman portal jabatan.

Sub-kategori

Bagaimanakah harta pusaka si mati dibahagikan?

Answer

Harta Pusaka si mati bagi orang Islam akan dibahagikan mengikut hukum Faraid. Manakala bagi orang bukan Islam, pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958. Walaubagaimanapun pembahagian secara samarata atau muafakat boleh dibuat sekiranya semua waris yang berhak bersetuju dengan cara pembahagiannya.

Sub-kategori

Apakah tujuan perbicaraan diadakan?

Answer

Tujuan perbicaraan diadakan adalah untuk menentukan kesahihan harta-harta si mati, menyiasat kedudukan waris-waris si mati yang berhak dan menentukan cara pembahagian harta pusaka si mati.

Sub-kategori

Bagaimanakah Notis Bicara disampaikan?

Answer

Notis Bicara (Borang D/Borang S) akan disampaikan kepada Pempetsiyen/Pemohon melalui alamat e-mel yang didaftarkan dalam permohonan. Notis perbicaraan juga boleh disemak dan dicetak melalui sistem MyLAND apabila Notis Perbicaraan telah dikeluarkan.

Sub-kategori