Carian pantas

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Garis Panduan Pelaksanaan Keputusan Majlis Tanah Negara Yang Ke-55 Berhubung Dengan Sekolah Bantuan Modal

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung dengan pelaksanaan keputusan Majlis Tanah Negara yang ke-55 pada 26 Oktober 1999 mengenai Sekolah Bantuan Modal.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2002PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Memfailkan Dokumen (Surat) Membenarkan Tuan Punya Tanah Membuat Urusan Bagi Tanah Yang Tertakluk Kepada Sekatan Kepentingan (Disemak 2009)

Tujuan

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihat Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan memfailkan dokumen (surat) yang mengandungi kelulusan Pihak Berkuasa Negeri atau pegawai-pegawai lain bagi membenarkan tuan punya tanah membuat urusan sungguhpun tanah tersebut tertakluk kepada suatu sekatan kepentingan terhadap sesuatu urusan.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 10/1977PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Pelaksanaan Akta Hakmilik Strata 1985

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pendaftar-pendaftar dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai pelaksanaan Akta Hakmilik Strata 1985 termasuklah Pindaan 2007 [Akta A1290] serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 38/2009PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Mengambil Milik (Taking Possession) Seksyen 18 dan Mengambil Milik Secara Rasmi (Taking Formal Possession) Seksyen 22, Akta Pengambilan Tanah 1960

Tujuan

Pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada Pentadbir Tanah bila mengambil milik tanah (taking possession of land) menurut seksyen 18, Akta Pengambilan Tanah 1960 (selepas ini disebut sebagai “APT”) boleh dibuat dan cara melaksanakannya. Pengeluaran Borang K disebut dalam APT sebagai mengambil milik/taking possession (seksyen 18) dan penyampaian Borang K kepada penduduk/penampalan Borang K di atas tanah dipanggil sebagai mengambil milik secara rasmi/taking formal possession (subseksyen 22(1)).

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 27/2009PDF
Muat Turun
Tarikh kemas kini: