Memasuki Tanah Milik Untuk Talian Bekalan Elektrik
Tujuan
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk memasuki tanah milik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau mana-mana pemegang lesen di bawah seksyen 9, Akta Bekalan Elektrik, 1990 (Akta 447) kerana memasang talian elektrik voltan tinggi dan rendah di atas atau bawah tanah yang melibatkan aspek berikut:–
- Hak TNB sebagai pemegang lesen untuk memasuki, membuat kerja dan hak laluan talian elektrik di atas atau bawah tanah milik di bawah seksyen 11(1) Akta Bekalan Elektrik, 1990 (Akta 447);
- Bayaran pampasan bagi kerugian terhadap tanaman, bangunan dan tanah yang terlibat dengan talian elektrik di bawah seksyen 16 Akta yang sama.
Lihat Dokumen
Tindakan Penguatkuasaan Apabila Berlaku Pelanggaran Syarat Penggunaan Tanah (Disemak 2007)
Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah mengenai tindakan-tindakan yang boleh atau perlu diambil apabila berlaku sesuatu pelanggaran syarat penggunaan tanah.
Lihat Dokumen
Pemberimilikan Tanah Di Bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960 (Disemak 2007)
Tujuan
Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir Tanah berkenaan pemberimilikan pegangan desa atau pegangan bandar di dalam kawasan penempatan berkelompok yang telah diisytiharkan di bawah seksyen-seksyen 4, 5 dan 6 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960.
Lihat Dokumen
Maklumat Perancangan Bagi Tujuan Penentuan Pampasan Di Bawah Seksyen 9A Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] (Disemak 2009)
Tujuan
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai maklumat yang perlu diperoleh daripada Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri atau Datuk Bandar Kuala Lumpur atau Pihak Berkuasa Tempatan, mengikut mana yang berkenaan, menurut seksyen 9A, Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 [Akta 486].
Lihat Dokumen