Surat Edaran/Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Carian pantas

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Panduan Berhubung Pembetulan Kesilapan Dalam Suratcara Urusniaga Dan Dokumen Hakmilik Di Bawah Seksyen 380 Dan Tindakan Di Bawah Seksyen 381 Kanun Tanah Negara

Tujuan

  1. Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah berhubung dengan cara mengendalikan pembetulan kesilapan (errors) dalam suratcara urusniaga dan dokumen hakmilik yang dibenarkan di bawah seksyen 380 Kanun Tanah Negara yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam urusniaga atau oleh Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah sendiri, seperti dalam proses kutipan data semasa pembangunan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer. Pekeliling ini juga bertujuan untuk menjelaskan tindakan yang boleh dibuat mengikut seksyen 381 Kanun Tanah Negara.
  2. Seksyen 380(1) Kanun Tanah Negara memperuntukkan tentang pembetulan kesilapan yang terdapat dalam dokumen hakmilik atau dalam suratcara urusan dan seksyen 381(1) Kanun Tanah Negara pula mengenai pemotongan syarat dan sekatan kepentingan yang tidak dipakai lagi dan pembatalan ingatan atau catatan yang tidak berkuat kuasa lagi yang terdapat dalam dokumen hakmilik dan suratcara lain berkaitan tanah.
Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2015PDF
Muat Turun
Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Garis Panduan Penyenggaraan Data Rekod Tanah Dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer ("SPTB")

Tujuan

Garis Panduan ini bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan kepada semua Pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar Hakmilik, Pentadbir Tanah dan Pegawai Teknikal dalam memastikan penyenggaraan data rekod tanah SPTB dibuat dengan berpandukan kepada tatacara yang betul di samping memastikan akses kepada data SPTB dapat dikawal dengan sebaiknya.

Lihat Dokumen
Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2015PDF
Muat Turun
Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Keperluan mendapatkan pengesahan daripada JKPTG Negeri bagi Permohonan Tanah (Untuk Mendapatkan Hakmilik/Rizab) untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan bayaran pendaftaran pemohonan tanah.

Tujuan

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk :

  1. Memudahkan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) memastikan status tanah yang hendak dipohon adalah Tanah Kerajaan Negeri sahaja;
  2. Membolehkan JKPTG Negeri membantu JKP mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk projek Kerajaan Persekutuan;
  3. Membolehkan JKPTG Negeri membuat persediaan awal bagi pemantauan permohonan tanah ini; dan
  4. Mendapatkan maklumat yang tepat bagi membantu serta mempercepatkan proses pemberimilikan/perizaban oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
Lihat Dokumen
Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2014PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Panduan Memproses Permohonan Pemberimilikan Tanah

Tujuan

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihati semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri serta Pentadbir Tanah mengenai tata cara dan carta alir bagi memproses permohonan pemberimilikan tanah menurut Bahagian Lima, Kanun Tanah Negara 1965 (“KTN”) berhubung pelupusan tanah Kerajaan (State land) secara pemberimilikan. Pekeliling ini juga bertujuan untuk memantapkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pentadbiran Tanah bagi mempercepatkan urusan melibatkan permohonan pemberimilikan tanah bertujuan mengatasi tunggakan permohonan yang tinggi.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2013PDF
Muat Turun
Tarikh kemas kini: