Carian pantas

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Keutamaan Pengeluaran Hakmilik Tetap Bagi Tanah-tanah Dengan Bangunan Berbilang Tingkat Yang Masih Dipegang Di Bawah Hakmilik Sementara

Tujuan

Pekeliling ini dikeluarkan bagi menasihatkan Pengarah-pengarah Tanah dan Galian, Pendaftar-pendaftar Hakmilik Tanah dan Pentadbir-pentadbir Tanah supaya memberi keutamaan kepada pengeluaran hakmilik tetap bagi tanah-tanah dengan bangunan berbilang tingkat yang masih dipegang di bawah hakmilik sementara.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/1994PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Pengukuran Semula Bagi Menentusahkan Sempadan Tanah

Tujuan

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai sama ada tanah berimilik yang telah dikeluarkan hakmilik tetap perlu diukur semula setelah kembali menjadi tanah kerajaan akibat daripada perlucutan hak atau dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) kerana kegagalan tuan tanah tidak membayar cukai tahunan atau kegagalan mematuhi syarat nyata atau syarat tersirat yang ditetapkan di dalam hakmilik atau yang terdapat di dalam Kanun Tanah Negara 1965.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 13/2009PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Siasatan Ke Atas Permohonan Pemegang Gadaian Untuk Perintah Jualan Bagi Hakmilik-hakmilik Pejabat Tanah

Tujuan

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai cara-cara menguruskan siasatan ke atas permohonan pemegang gadaian supaya tanah (dimaksudkan tanah berimilik, bahagian yang tidak dipecahkan dalam tanah berimilik, pajakan atau pajakan kecil dan petak dalam bangunan yang dipecah bahagi) terlibat dijual menurut peruntukan-peruntukan seksyen 260 hingga seksyen 262 Kanun Tanah Negara diuruskan.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 30/2009PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Sekatan Terhadap Urusniaga Tanah Pertanian Yang Akan Membawa Kesan Pemecahan Tanah Kepada Kurang Daripada 2/5 Hektar (Disemak 2009)

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan menasihatkan Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai sekatan terhadap urusniaga tanah pertanian yang akan membawa kesan pemecahan tanah itu kepada kurang daripada 2/5 hektar berikutan dengan adanya peruntukan-peruntukan baru dalam subseksyen (3) dan (4) kepada seksyen 205 Kanun Tanah Negara 1965.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 11/1985PDF
Muat Turun
Tarikh kemas kini: