Carian pantas

Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Penarikan balik perjanjian pajakan kecil di dalam pekeliling pesuruhjaya tanah persekutuan bil 1/2008 dan 2/2008 dan penggantian dengan perjanjian seragam yang baru.

Tujuan

Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penarikan balik perjanjian seragam di dalam Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 1/2008 dan 2/2008 dan seterusnya menggantikan dengan perjanjian seragam yang baru.

Lihat Dokumen
Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 3/2010PDF
Muat Turun
Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Peranan dan tanggungjawab Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah Kerajaan di Sarawak, senarai semak dan dokumen yang perlu dikemukakan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan untuk :

  1. Menerangkan peranan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) di dalam permohonan tanah; dan
  2. Tatacara semasa mengemukakan permohonan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)
Lihat Dokumen
Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2010PDF
Muat Turun
Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Penggunaan borang pengesahan status tanah yang baru dan lapuran tanah oleh JKPTG Negeri bagi menggantikan borang pengesahan status tanah oleh JKPTG Negeri di dalam pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil. 1/2007 (PPTP 1/2007)

Tujuan

Surat Pekeliling ini dikeluarkan bagi menggantikan borang pengesahan status tanah yang sedia ada didalam Pekeliling di atas kepada borang baru.

Lihat Dokumen
Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2010PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Penyerahan Umpukan Tanah Bagi Maksud Awam MengikutPerenggan 136(1)(ca) Kanun Tanah Negara Berikutan Kelulusan Permohonan Pecah Sempadan atau Permohonan Serentak Pecah Sempadan dan Pengubahan Syarat.

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir Tanah mengenai kewajipan tuan punya tanah untuk menyerahkan mana-mana umpukan tanah miliknya sebagaimana yang telah dipersetujui di dalam pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancang atau pihak berkuasa berkenaan untuk digunakan bagi maksud awam berikutan kelulusan permohonan pecah sempadan (seksyen 135 Kanun Tanah Negara (KTN)) atau permohonan serentak pecah sempadan dan pengubahan syarat (seksyen 124A KTN). Keperluan ini adalah selaras dengan peruntukan perenggan 136(1)(ca) KTN di bawah Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008 [Akta A1333] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2010PDF
Muat Turun
Tarikh kemas kini: