Carian pantas

Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah

Panduan pelaksanaan penilaian ke atas kepuasan Pelanggan di pentadbiran tanah negeri

Tujuan

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk menasihatkan Pengarah- Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir–Pentadbir Tanah mengenai panduan pelaksanaan penilaian kepuasan pelanggan melalui kaji selidik yang seragam dan peranan mereka untuk melaksanakan penilaian kepuasan pelanggan itu. Panduan pelaksanaan penilaian kepuasan pelanggan di Lampiran kepada Pekeliling ini.

Lihat Dokumen
Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 1/2009PDF
Muat Turun
Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah

Panduan pelaksanaan penambahbaikan proses kerja pengeluaran hakmilik Strata.

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri mengenai pelaksanaan penambahbaikan proses kerja pengeluaran hakmilik strata serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Lihat Dokumen
Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah Bilangan 1/2008PDF
Muat Turun
Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Penggunaan perjanjian seragam pajakan kecil (sublease) tanah untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu di patuhi oleh Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pajakan kecil (sublease) yang seragam oleh semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Lihat Dokumen
Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 1/2008PDF
Muat Turun
Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Mesej dari mesyuarat khas KSU/PTG pada 28 februari 2008

Tujuan

Edaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pentadbiran Tanah Negeri mengenai beberapa mesej yang telah disampaikan oleh Y. Bhg. Datuk Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (KSU NRE) kepada Pengarah-Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG Negeri) semasa Mesyuarat Khas KSU NRE dengan PTG Negeri pada 28 Februari 2008 yang lalu bertempat di Bilik Mutiara, Aras 13, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,Wisma Sumber Asli, di Putrajaya.

Lihat Dokumen
Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 6/2008PDF
Muat Turun
Tarikh kemas kini: