Carian pantas

Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Penubuhan jawatankuasa teknikal bersama Pentadbiran Tanah dan Polis Di Raja Malaysia dalam menangani isu penipuan dan pemalsuan hakmilik tanah.

Tujuan

Edaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri mengenai keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Bersama Pentadbiran Tanah (PT) – Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di peringkat negeri-negeri bagi menangani isu penipuan dan pemalsuan hakmilik tanah.

Lihat Dokumen
Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 5/2008PDF
Muat Turun
Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Pematuhan keputusan Mesyuarat Majlis Tanah Negara mengenai dasar pemberimilikan tanah dalam kampong kampung baru.

Tujuan

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke 36 dan Ke 37 masing-masing pada 23 Mac 1983 dan 30 Januari 1984 semasa membincangkan cadangan pindaan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN), 1965 supaya dimansuhkan kuasa Pihak Berkuasa Negeri memberimilik tanah secara pegangan kekal (in perpetuity), telah memutuskan bahawa pelupusan tanah kerajaan secara pegangan kekal di bawah Seksyen 76 KTN hendaklah dikekalkan hanyalah dalam keadaan-keadaan tertentu seperti sekiranya tanah persendirian berpegangan kekal telah diambilbalik tetapi tidak diperlukan lagi oleh kerajaan maka tanah tersebut boleh diberimilik semula kepada pemilik asal secara pegangan kekal.

Lihat Dokumen
Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 3/2008PDF
Muat Turun
Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Kesahihan borang-borang urusniaga dan bukan urusniaga yang difotokopi bagi urusan perserahan pendaftaran

Tujuan

  1. Edaran khas ini dikeluarkan untuk memberi penjelasan mengenai kedudukan borang-borang urusniaga dan bukan urusniaga yang difotokopi bagi urusan perserahan di kaunter pentadbiran tanah.
  2. Ianya bersifat pentadbiran, yang menggariskan penggunaan borang-borang urusniaga dan bukan urusniaga yang difotokopi bagi tujuan perserahan.
Lihat Dokumen
Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/2008PDF
Muat Turun
Arahan Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Pematuhan kehendak Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan permohonan perolehan tanah-tanah Kerajaan untuk projek Kerajaan Persekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Tujuan

Edaran Khas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Pentadbiran Tanah mengenai kehendak Perkara 83 dan 85 Perlembagaan Persekutuan yang hendaklah dipatuhi oleh Kerajaan-kerajaan Negeri semasa menimbangkan perrmohonan pengambilanbalik tanah, pemberimilikan tanah dan perizapan tanah oleh Kerajaan Persekutuan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Lihat Dokumen
Edaran Khas Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/2008PDF
Muat Turun
Tarikh kemas kini: