Surat Edaran/Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Carian pantas

Komplikasi PKPTG

Kompilasi Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian sehingga 1 Januari 2011

Tujuan

Menghimpunkan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Sebagaimana sedia maklum, pekeliling-pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dikeluarkan di bawah peruntukan perenggan 8(1)(e) Kanun Tanah Negara berhubung dengan pentadbiran dan pengurusan tanah. Di samping itu, Jabatan ini juga telah mengeluarkan pekeliling-pekeliling di bawah peruntukan-peruntukan undang-undang berkaitan pentadbiran tanah yang lain seperti Akta Hakmilik Strata 1985, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1956 dan Akta Bekalan Elektrik, 1990.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Kompilasi PKPTG Bilangan 1/2011PDF
Muat Turun
Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

‘Maklumat yang perlu dikemukakan kepada jabatan penilaian dan perkhidmatan harta (jpph) semasa memohon anggaran kos pengambilan balik tanah’

Tujuan

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) mengenai maklumat yang perlu dibekalkan kepada JPPH Sarawak bagi tujuan untuk mendapatkan anggaran kos pengambilan balik tanah.

Lihat Dokumen
Surat Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 4/2010PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Garis panduan penetapan lebar Rizab Sungai yang seragam bagi sungai-sungai yang tidak diwartakan

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihatkan semua Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pentadbir Tanah mengenai keperluan tindakan perizaban sungai oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan menyeragamkan lebar rizab sungai di negeri-negeri bagi sungai-sungai yang tidak diwartakan.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/2010PDF
Muat Turun
Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Penggunaan draf perjanjian seragam pembelian tanah atau bangunan untuk kegunaan Kerajaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP)

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai perlunya penggunaan perjanjian pembelian tanah atau bangunan yang seragam oleh semua Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) dan peraturanperaturan yang perlu dipatuhi bagi memudahkan dan mempercepatkan proses menandatangani perjanjian tersebut oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

Lihat Dokumen
Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bilangan 2/2010PDF
Muat Turun
Tarikh kemas kini: