Pengurusan Cek Bayaran Pampasan Pengambilan Tanah
Tujuan
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil bagi menguruskan cek bayaran pampasan di bawah Akta Pengambilan Tanah, 1960 [Akta 486].
Lihat Dokumen
Penyampaian Ganti Notis Di Bawah Subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara
Tujuan
Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihatkan Pendaftar-pendaftar Hakmilik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai tindakan yang perlu diambil dalam menyampaikan notis gantian di bawah subseksyen 432(1) Kanun Tanah Negara (KTN).
Lihat Dokumen
Syarat Kegunaan Tanah Bagi Tanah Yang Diberi Milik Sebelum 1 Januari 1966 Iaitu Tarikh Kanun Tanah Negara Mula Berkuat Kuasa Dan Bagi Tanah Yang Diluluskan Pemberimilikan Sebelum 1 Januari 1966 Yang Didaftarkan Di Bawah Kanun Tanah Negara.
Tujuan
Pekeliling ini adalah untuk memperjelas dan menasihati Pendaftar Hak Milik dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai syarat penggunaan tanah bagi tanah desa, tanah bandar atau tanah pekan yang diberi milik sebelum 1 Januari 1966 termasuk tanah yang diluluskan pemberimilikan sebelum 1 Januari 1966 dan didaftarkan di bawah KTN, yang tidak mempunyai syarat kegunaan tanah sehingga ianya dikenakan syarat penggunaan menurut seksyen 54 KTN. Ini adalah bertujuan bagi mengelak kemungkinan berlakunya khilaf tafsiran dan pemahaman seksyen yang berkaitan mengenai penetapan syarat penggunaan tanah berkenaan mengikut seksyen 53(2) dan seksyen 53(3) KTN.
Lihat Dokumen
Penyerahan Balik Tanah untuk Jalan Masuk (Means Of Access) Dalam Kes Pecah Sempadan
Tujuan
Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menasihatkan Pentadbir Tanah mengenai amalan meminta tuan punya tanah yang memohon untuk memecah sempadan tanahnya supaya menyerah balik sebahagian daripada tanahnya untuk jalan masuk (means of access) mengikut kehendak seksyen 200 Kanun Tanah Negara.
Lihat Dokumen