SOP

Carian pantas

Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Kad Kuasa bagi Pegawai Atau Seseorang Yang Diberi Kuasa Untuk Membuat Tangkapan Atau Rampasan (Disemak 2009)

Tujuan

Pekeliling ini dikeluarkan untuk menasihati Pentadbir Tanah mengenai kehendak-kehendak seksyen 426A Kanun Tanah Negara supaya kad kuasa ditunjukkan oleh Pendaftar, Pentadbir Tanah atau Penolong Pegawai Tanah atau seseorang pegawai yang diberi kuasa apabila mereka membuat tangkapan atau merampas kereta, traktor atau alat-alat pertanian berkaitan dengan kesalahan pendudukan secara haram di tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah lombong atau berkaitan dengan pengeluaran atau pemindahan bahan batuan.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 21/1977PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Prosedur Bagi mendapatkan Pengesahan Dan Pengecualian Bayaran Ukur Bagi Rumah-rumah Kos Rendah Di Bawah Rancangan Perumahan Kos Rendah Khas (Disemak 2007)

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai prosedur urusan mendapatkan pengesahan dan seterusnya mendapatkan pengecualian bayaran ukur bagi projek-projek rumah kos rendah yang dilaksanakan oleh pihak swasta sama ada di atas tanah Kerajaan atau tanah persendirian di bawah Rancangan Perumahan Kos Rendah Khas.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/1988PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Pindahmilik Tanah Pertanian Kepada Pemegang Amanah, Wasi Atau Pentadbir (Disemak 2009)

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan menasihatkan semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah mengenai pindahmilik tanah pertanian kepada pemegang amanah (trustee), wasi (executor) atau pentadbir (administrator) yang melebihi seorang.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 7/1999PDF
Muat Turun
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan

Cara Mengira Keluasan Tanah Dalam Pertukaran Ke Unit Metrik Dan Pengiraan Cukai Tanah Di Bawah Seksyen 96 Kanun Tanah Negara 1965 (Disemak 2007)

Tujuan

Pekeliling ini bertujuan untuk menasihat Pentadbir-pentadbir Tanah mengenai cara mengira keluasan tanah dalam pertukaran ke unit metrik dan penyemakan cukai tanah di bawah seksyen 101 Kanun Tanah Negara 1965.

Lihat Dokumen
Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 2/1994PDF
Muat Turun
Tarikh kemas kini: