header bm

soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

LOGO Jata

search
search

LAWATAN KAJIAN BENCHMARKING KE DENMARK BAGI CADANGAN PINDAAN KANUN TANAH NEGARA (ELEKTRONIK) PADA 16 HINGGA 20 MEI 2022

Seramai 3 wakil JKPTG serta satu wakil Bahagian Tanah, KeTSA telah mengadakan lawatan benchmarking ke Denmark pada 16 hingga 20 Mei 2022. Lawatan ini dijalankan bagi mempelajari kaedah pentadbiran tanah elektronik di Denmark yang disifatkan sebagai antara yang terbaik di dunia (World Bank – Ease of Doing Business 2013). Delegasi ini diketuai oleh Tuan Azman bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Kemajuan Pengurusan dan Perundangan, JKPTG.

Lawatan ini meliputi aspek perundangan bersama Aarhus University, perundangan serta pelaksanaan dan sejarah transisi bersama Danish Land Registry Court, serta sistem kadaster di Denmark bersama Danish Geodata Agency. Pelaksanaan sistem pentadbiran tanah secara elektronik sepenuhnya di Denmark berjaya dilakukan sejak 2009, dengan komponen utama adalah integrasi sistem dan data bersama agensi lain serta pelaksanaan tandatangan digital secara menyeluruh. Sistem yang selamat dan dipercayai ini membolehkan transaksi tanah didaftar sebaik sahaja dihantar melalui sistem.

Hasil daripada lawatan ini akan dimanfaatkan ke dalam cadangan pindaan Kanun Tanah Negara (Elektronik) kelak. Pentadbiran tanah elektronik yang efisien bukan sahaja mencerminkan proses urusan sedia ada, tetapi perlu mempermudah urusan pelanggan menerusi integrasi sistem yang mantap.

 

1

 

2

Sekitar perbincangan di Danish Land Registry Court yang diwakili oleh Puan Bettina Mark Bastholm, Legal Administrator (Gambar pertama, paling kiri)

 

3

 

4

Sekitar perbincangan di Danish Geodata Agency yang diketuai oleh Puan Pia Dahl Højgaard, Ketua Pengarah Danish Geodata Agency (Gambar pertama, tiga dari kanan)

 

 

Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks              : +603 8889 3855
Email : pertanyaan[@]jkptg.gov.my

                   QRCode

Today 606

This Week 15534

This Month 55412

Total 9249694

any_module

Saiz Tulisan :

A- A A+

Warna Tema : 
color green  color red  color blue

article
any_module

Language Selection:

Other Language:
Click here