Sebelum tahun 1980, proses pengambilan tanah untuk projek pembangunan Kerajaan Persekutuan dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri. Walau bagaimanapun proses tersebut mengambil masa yang lama dan ini menjejaskan kelancaran perancangan dan pembangunan projek yang dijalankan oleh Kerajaan Pusat. Kerajaan Persekutuan kemudiannya telah mengambil inisiatif untuk membantu Kerajaan-kerajaan Negeri terutama proses pengambilan tanah untuk projek-projek Kerajaan Pusat. Unit Khas Bergerak (UKB) kemudiannya telah ditubuhkan pada 12 Mac 1978 hasil syor Jawatankuasa Kemajuan Tadbiran Negara. Pada April 1994, unit ini kemudiannya telah digantikan namanya bersesuaian dengan tugas dan matlamat unit ini ditubuhkan iaitu Unit Pengambilan Tanah (UPT)
BILANGAN |
FUNGSI |
1 |
Melaksanakan kajian dan semakan semula Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kaedah-Kaedah Pengambilan Tanah. |
2 |
Menggubal dan menyediakan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG), Garis Panduan, Surat Arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkaitan dengan urusan pengambilan tanah. |
3 |
Menyediakan khidmat nasihat berkaitan Akta Pengambilan Tanah 1960, Kaedah-Kaedah Pengambilan Tanah, Pekeliling KPTG, garis panduan, surat arahan dan SOP berkaitan urusan pengambilan tanah. |
4 |
Menyelaras Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Sasaran Kerja Utama (SKU). |
5 |
Menguruskan hal ehwal pentadbiran, sumber manusia dan kewangan di peringkat Bahagian. |
6 |
Melaksanakan latihan kepada semua pegawai petugas khas. |
7 |
Memantau proses pengambilan tanah bagi projek-projek Persekutuan di peringkat negeri supaya dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa. |
8 |
Menyelaras urusan pengambilan tanah bersama KJP. |
9 |
Memantau pengeluaran Borang K, endorsan Borang K dan Permohonan Ukur (PU). |
10 |
Melaksanakan lawatan turun padang dan naziran berkaitan pengambilan tanah dan petugas khas. |
11 |
Menyediakan maklum balas bagi isu dan aduan berkaitan pengambilan tanah dan petugas khas. |
12 |
Menyediakan laporan dan data berkaitan pengambilan tanah dan petugas khas. |
13 |
Menyelaras dan memantau pengemaskinian rekod di dalam sistem. |
14 |
Menguruskan penugasan sementara dan mobilisasi pegawai petugas khas berdasarkan keperluan. |
15 |
Menyediakan laporan Pindah Milik Tanah (PMT) dan laporan Pindah Milik Strata (PMS). |